fbpx

FOMO: Musuh Kepada Pelabur

0 1,530

Semenjak PKP semakin ramai orang awam yang menyertai pelaburan saham. Berdasarkan data daripada Bursa Malaysia, penyertaan runcit dalam pasaran meningkat 62% berbanding purata pada tahun 2019.

 

Apa itu FOMO?

Advertisement

FOMO adalah singkatan kepada Fear of Missing Out, bila kita tengok orang lain seronok buat untung kita pun rasa tidak mahu ketinggalan untuk membuat keuntungan juga.

 

Contohnya, hari-hari kita tengok kawan-kawan tayang keuntungan saham di sosial media, kita pun rasa macam cuba jugak melabur dalam saham. Iyelah, kalau ramai je yang boleh buat untung, kita pun mesti boleh juga.

 

Lalu kita pun tanpa ilmu yang lengkap, kita pun masuk la ke dalam pasaran saham, tapi sebab kita pun masih belum cukup ilmu, kita rugi. Tapi kita juga lupa, lazimnya manusia ini akan tayangkan perkara yang seronok je, yang tak seronok dia tak tunjuk. Begitu jugalah dalam saham, yang untung dia tayang, yang rugi dia sorok.

 

Dalam pelaburan, sebaiknya adalah kita melabur dalam instrumen yang kita faham sahaja, bukanlah melabur mengikut orang ramai. Nak melabur perlu buat analisis sendiri, jangan masuk sebab ramai yang masuk.

 

Cuba lihat carta saham Kossan Rubber di bawah, dalam masa tidak sampai sebulan harga naik daripada sekitar RM5.50 sehinggalah RM9.00, tapi 2 hari lepas dah jatuh sehingga 11%. Bayangkan kalau kita termasuk pada harga tertinggi, pasti kita dah rugi.

Bukanlah kita tidak boleh membeli saham Kossan ini, tapi pastikan kita beli sebab kita dah buat analisis, bukan sebab tengok orang ramai tengah masuk sektor getah.

 

Bukan dalam saham sahaja FOMO ini wujud, dalam mana-mana instrumen pun ada, ingat lagi tidak lama dahulu ramai-ramai labur dalam Bitcoin? Kemudian labur dalam Robo Trading pula? Kebanyakannya masuk sebab FOMO.

 

Cuba perhatikan gambar rajah di atas, kebiasaannya pelabur baru akan terpengaruh untuk masuk ke dalam pasaran pada fasa belief, pada fasa euphoria biasanya instrumen tu dah jadi sebutan ramai, siapa yang masuk pada fasa euphoria akan menanggung kerugian yang besar.

 

Bagaimana nak atasi FOMO?

Cara terbaik untuk mengatasi FOMO adalah dengan mengawal emosi. Bila kita rasa terpengaruh untuk labur ke mana-mana instrumen, pastikan kita membuat analisa terlebih dahulu, pastikan kita boleh memberikan sebab (tidak kira dari sudut teknikal atau fundamental) untuk membeli satu-satu saham atau pelaburan.

 

Ramai terjerat dengan FOMO kerana dia rasa peluang hanya datang sekali. Peluang akan sentiasa ada, kita terlepas kali ini, akan ada peluang lain di masa hadapan, apa yang penting kita sudah bersedia apabila peluang terhidang nanti.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.