fbpx

Galaxy S20 Ultra: Gempak Tapi Sedikit Mengecewakan

0 667

Nama ultra memang selalu digunakan oleh orang Jepun dan Korea Selatan bagi menggambarkan sesuatu yang hebat serta melampaui batasan.

Advertisement

Kalau kita diambil daripada kata akarnya, ultra ini berasal dari frasa latin. Ianya akan ditambah pada satu-satu perkataan bagi menggambarkan keadaan yang melampaui norma.

Apabila Samsung meletakkan frasa ultra dihujung nama peranti mercu terbaharu mereka, sudah pastilah kita boleh menjangkakan Samsung akan cuba melanggar segala had yang ada.

Kita boleh jangkakan yang Samsung Galaxy S20 Ultra ini pastinya mampu menggegar dunia.

Apabila kita lihat pada spesifikasi S20 Ultra ini, kita yakin yang nama “ultra” itu memang sangat sesuai. Simpanan memori dan RAM yang jauh lebih hebat berbanding komputer riba.

Kamera yang boleh zum melampau 100X sehingga dipanggil sebagai “space zoom”, S20 Ultra menjanjikan prestasi yang terbaik buat pengguna.

Kredit: Ytimg

Namun begittu, benarkah S20 Ultra merupakan telefon pintar yang melampaui batasan?

Ataupun pada realitinya mengecewakan? Pada hemat saya, S20 Ultra merupakan satu bukti yang spesifikasi bukanlah segalanya.

Ulasan ini akan melihat pada 2 segi iaitu baik dan buruknya. Pada akhirnya saya akan memberikan cadangan sama ada telefon pintar ini sesuai dibeli ataupun tidak.

Yang Memang “Ultra”

Mula-mula kita pergi pada “ultra” yang memang hebat spesifikasinya. Sama ada di atas kertas mahupun dalam dunia sebenar.

Perkara pertama sudah tentulah bateri. S20 Ultra didatangkan dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh.

Kebiasanya pada kapasiti ini, jika dimasukkan dalam telefon pintar bajet membolehkan ia bertahan lebih dari sehari tanpa cas.

Namun begitu, S20 Ultra bukanlah telefon pintar bajet. Ianya adalah telefon pintar gergasi dengan skrin Dynamic AMOLED 6.9.

Kita boleh menganggarkan telefon pintar ini dapat beroperasi dalam 5-6 jam dengan penggunaan yang berat.

Berbicara mengenai skrin, S20 Ultra juga mengikut jejak langkah yang dipelopori OnePlus dalam menggunakan skrin dengan kadar segar semula (refresh rate) yang tinggi pada 120Hz.

Kadar segar semula yang tinggi ini lebih kepada kesan kosmetik sebenarnya.

Ianya membuatkan aktiviti menatal (scrolling) telefon pintar anda terasa lebih pantas dan lebih responsif.

Apabila mana anda sudah biasa menggunakan skrin dengan kadar segar semula yang tinggi, skrin-skrin yang lain akan terasa lebih perlahan daripada biasa.

Kredit: Thumbs

Timbul isu di sini apabila Samsung cuba untuk menghadkan skrinnya pada resolusi FullHD (1080p). Kebiasanya resolusi FullHD ini ada pada telefon pintar bajet.

Mungkin sebagai satu langkah untuk menjimatkan bateri. Anda boleh menaikkan resolusi ke tahap 2K.

Namun begitu, anda terpaksa mengorbankan pula kadar segar semula kepada 60Hz. Terpulanglah pada pengguna mahu uruskannya.

Cuma sedikit kecewalah, bayar harga mahal-mahal tetapi dapat resolusi telefon bajet.

Diharapkan Samsung dapat melakukan sedikit pengubahsuaian di sini dengan memberikan pengguna pilihan untuk menikmati resolusi 2K pada kadar segar semula 120 Hz.

Selain dari itu, S20 Ultra juga datang dengan pelbagai ciri-ciri menarik. Hal ini menjadikan ianya telefon pintar yang versatile.

Antaranya ialah RAM lock yang membolehkan anda senantiasa menjalankan aplikasi tanpa perlu membukanya dan banyak lagi.

Yang Agak Mengecewakan

Ayuh kita pergi ke bahagian yang mengecewakan pula. Apa dia? Yang pertama adalah kamera. Apa dia??? Kamera 108 MP, yang boleh zum sampai ke bulan itu mengecewakan?? Kau biar betul bro.

Ya benar, memang sangat mengecewakan. Kita tengok satu persatu ciri-ciri kamera S20 Ultra ini. Lensa 108 MP walaupun bunyinya gempak, tapi ada masalah pada perlaksaannya.

Lensa 108 MP ini menghasilkan kesan bokeh yang kurang sempurna bila imej diambil walaupun tanpa melalui portrait mode. Senang cerita kuranglah cantik gambar yang diambil.

Kredit: Phone Arena

Mahu rekod video pada resolusi 8K pun ada masalah. Imej yang diambil tidak stabil dan kelihatan bergegar bila bergerak. Pergerakan perlulah minima bila mahu menggunakannya.

Sebagai contoh bergerak sikti sahaja, video yang diambil akan bergegar. Saiz fail pula terlalu besar, 10 MB persaat. Ambil video seminit pun dah 600 MB nanti.

Kemudian yang terakhir adalah kemampuan “space zoom” yang diwar-warkan Samsung itu. Siap tulis lagi dibelakang, 100X Space Zoom. Namun apabila digunakan imejnya kelihatan pecah, bergegar, dan kurang cantik.

Namun apabila diambil pada 30X Zoom, imejnya cantik dan mengatasi banyak telefon pintar yang ada sekarang.

Pada hemat saya ini adalah satu promosi yang kurang berhemah. Menjual spesifikasi yang melampau atas kertas, tapi hakikatnya mengecewakan.

Kesimpulan

Kebanyakan masalah yang saya sebut di sini adalah masalah yang boleh diperbetulkan melalui proses kemaskini perisian. Kita mengharapkan ianya bukanlah satu masalah yang kekal.

Cuma bila kita membayar harga yang tinggi untuk spesifikasi Ultra, kita mengharapkan ianya benar-benar datang dengan spesifikasi ultra, tanpa perlu kita menunggu.

Kredit: Gifimage

Satu lagi yang perlu diingatkann ialah S20 Ultra begitu murah di Malaysia jika hendak dibandingkan dengan harganya di Amerika Syarikat. Salah satunya kerana menggunakan cip buatan Samsung sendiri, Exynos.

Pada hemat saya, sebaik-baiknya anda tunggu dulu untuk membeli S20 Ultra ini.

Tunggu sehingga semua masalah-masalah yang disebut di atas tadi diselesaikan melalui kemaskini perisian. Namun begitu, kalau ada duit dan sudah tak sabar, boleh sahaja sambar dulu.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.