fbpx

Game Fallout Yang Bangkit Dari Abu

0 87

“War. War never changes.”

Kisah Black Isles Studios memang panjang sebenarnya. Kalau dipendekkan, senang kata Black Isles Studios terpaksa ditutup pemilik/penerbit (Interplay Entertainment) sendiri.

 

Advertisement

Terlalu lama Interplay bergelumangan dengan masalah kewangan sehingga terpaksa berkorban pemilikan saham bagi mendapatkan pelaburan sebanyak AS$35 juta (Huffstutter, 1999).

 

Jadi pekerja-pekerja Black Isles Studios mengharungi Hari Krismas 2003 dengan hampa kerana mereka dibuang kerja pada 8 Disember (Thorsen, 2003).

 

Hal ini juga memberikan gambaran buruk kepada peminat, bahawa mungkin petikan di atas takkan didengari lagi.

 

Sudah lama mereka berhempas pulas untuk menyiapkan Projek Van Buren (Fallout 3) – tetapi kekangan kewangan menghalang segalanya.

Bagi yang tidak tahu, Fallout dan Fallout 2 memang begitu popular satu masa dulu. Kekangan grafik komputer tidak menjadi penghalang buat Black Isles Studios, yang fokus pada jalan cerita, latar sekeliling dan kerelevanan watak.

 

Black Isles Studios memang berjaya memberi gambaran pasca-apokalips yang sangat baik, dimana dadah, pelacuran dan pembunuhan berleluasa. Malah darjat dan kasta juga ditekankan. Bayangkanlah – game 1998 boleh buat semua ini.

 

Apabila Black Isles Studios berkubur, ramai peminat pun kecewalah. Lama mereka tunggu Fallout 3. Namun harapan kembali membara kerana ura-ura bahawa siri Fallout dihidu pengeluar game sangat berjaya.

 

Melalui khabar angin yang disahkan, lesen hakcipta Fallout 3 telah dijual kepada Bethesda Softworks (Caen, 2004) dengan hanya AS$1.175 juta sahaja.

 

Dengan Morrowind dan Oblivion, Bethesda memang pihak yang sangat layak untuk menghidupkan Fallout.

 

Mereka tidak menggunakan Van Buren langsung. Malah cara permainan pun diubah habis, dengan menggunakan konsep RPG. Sebaik sahaja dikeluarkan, Fallout 3 laris di pasaran dengan sensasi besar.

 

Binaannya tidak jauh dengan Oblivion. Jadi anggaran kosnya mungkin antara AS$15 juta hingga AS$30 juta (termasuk perlesenan).

 

Dalam masa dua bulan, Fallout 3 mengumpulkan AS$300 juta, jelas sekali suatu pendekatan sangat menguntungkan (Cavalli, 2008). Hari ini berkemungkinan besar jualan Fallout 3 sudah mencecah AS$1 bilion.

 

Bethesda juga menyambung dengan sekuel Fallout 4 dengan perbelanjaan sebanyak AS$100 hingga AS$120 juta. Fallout 4 sangat berjaya dengan jualan minggu pertama sahaja mencecah AS$750 juta.

Bacaan berkaitan: PlayStation, Daripada Semut Kecil Kepada Raksasa Permainan Video

Bacaan berkaitan: Permainan Video Bukan Sekadar Penghilang Kebosanan PKP

Di sini jelas bahawa projek Fallout memang menguntungkan Bethesda, jauh lebih menguntungkan berbanding kejayaan Fallout 2 dalam penjagaan Interplay dulu.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.