fbpx

Godam Pengurusan Kewangan Dengan Hanya Satu Aplikasi

0 389

Jika anda sedang menggunakan aplikasi untuk rekod perbelanjaan atau apa sahaja berkaitan kewangan secara manual, kini anda boleh lupakan sahaja aplikasi tu.

Dengan satu aplikasi ni, anda tidak perlu lagi susah-susah untuk masukkan rekod secara manual.

Advertisement

Inilah dia aplikasi MAE daripada Maybank.

 

Maybank-MAE

Selamat tinggal lejar kewangan

Dalam era teknologi hari ni, khususnya di Malaysia, sudah terdapat banyak aplikasi e-wallet  yang kebanyakannya memberi kemudahan kepada pengguna dalam menjalankan transaksi kewangan.

Sebelum aplikasi MAE dilancarkan secara rasmi, bagi pendapat peribadi penulis, BigPay antara aplikasi e-wallet menggungguli carta berbanding aplikasi yang lain.

Kriteria utama yang menjadi pilihan utama penulis adalah kebolehan merekod perbelanjaan dan cashless. 

Rekod perbelanjaan adalah perkara paling asas dalam pengurusan kewangan namun satu perkara yang paling renyah.

Masalah ini dapat diselesaikan dengan penggunaan kad BigPay.

Dengan fungsi ini, kita boleh tahu pattern perbelanjaan peribadi kita, sama ada baik atau tidak. Ini penting kalau anda bersungguh untuk bebas kewangan seperti yang diceritakan dalam artikel berikut.

Baca juga : Capai Bebas Kewangan Lebih Cepat Walaupun Gaji Bawah Paras Kemisikinan

Kelebihan lain pada BigPay adalah tukaran matawang yang kompetitif dan memudahkan proses pembelian secara internasional dengan hanya gunakan kad BigPay.

Hebat macam mana pun, tetap ada kekurangannya dalam BigPay ni iaitu kelemahan dalam menetapkan kategori perbelanjaan.

 

MAE selesaikan masalah aplikasi yang lain

Dengan MAE, fungsinya lebih personal atau fleksibel dimana anda boleh ubah kategori perbelanjaan anda ikut citarasa anda sendiri.

Ini secara tak langsung telah menjadikan MAE aplikasi e-wallet mengatasi segalanya. Ditambah dengan fungsi sedia ada Maybank2u menjadikan ia seperti tidak boleh dikalahkan lagi.

Dengan hanya satu aplikasi, anda boleh tetapkan tabung simpanan ikut impian masing-masing, boleh buat pelaburan, boleh sync dengan kad kredit dan bermacam lagi yang tiada dalam aplikasi lain.

Apa-apa pun, bagi penulis, yang terpenting adalah fungsi rekod perbelanjaan tu. Tambahan, status syariahnya juga lebih jelas berbanding BigPay yang masih jadi pertanyaan orang ramai.

 

Tip tambahan penggunaan MAE

Sebelum menggunakan MAE atau ketika menggunakan BigPay lagi, penulis memang sudah amalkan pembahagian duit mengikut tiga jenis perbelanjaan iaitu :

  1. Perbelanjaan tetap
  2. Perbelanjaan fleksibel (keperluan)
  3. Perbelanjaan fleksibel (kemahuan)

Dengan mengetahui corak belanja bulanan, penulis ketepikan siap-siap jumlah perbelanjaan fleksibel dalam BigPay. Sekarang ni, boleh pindah terus (top up) ke akaun MAE.

Bukan itu sahaja, dengan aplikasi MAE, anda juga boleh lihat sejarah transaksi perbelanjaan dalam akaun Maybank2u.

Menarik dan mudah bukan?

Jadi, apa tunggu lagi? Uninstall segala aplikasi rekod perbelanjaan tu dan gunalah MAE dengan sebaiknya. Kalau anda ada pendapat lain berkenaan aplikasi e-wallet yang lain, boleh juga kongsikan diruangan komen Facebook untuk kita wujudkan perbincangan yang murni.

 

*Artikel yang ditulis adalah pendapat peribadi penulis, tidak ada kaitan dengan pendirian The Outlook Asia atau mana-mana syarikat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.