fbpx

Google+: Lambang Kegagalan Google Melawan Monopoli Facebook

0 302

Apabila bercakap tentang laman sosial pasti nama Facebook akan terpancul di bibir. Sebelum kehadiran Facebook, laman sosial seperti Myspace dan Friendster terlebih dahulu digunakan di negara kita khususnya. Bukan itu sahaja, anak tempatan juga pernah mencipta laman sosial seperti kampungchat.com yang pernah popular seketika di Malaysia suatu ketika dahulu.

Hari ini kita boleh melihat Facebook seseolah sedang memonopoli pasaran laman sosial. Malah laman sosial lain yang sedang meningkat naik seperti Instagram dan Whatsapp juga turut dibeli oleh Facebook bagi mengekalkan dominasi.

Advertisement

Google yang nampak situasi ini mula bercadang untuk memasuki pasaran laman sosial bagi melawan dominasi Facebook. Sebenarnya Google tidak perlu bersaing dengan Facebook kerana mereka merupakan gergasi dalam enjin carian, penstriman video dan sistem operasi telefon pintar. Sebagai syarikat besar yang sudah menjana banyak keuntungan, tidak salah untuk Google mencuba selagi mereka tidak alami defisit.

Maka Google mula melancarkan laman sosial Google+ yang akan berintergrasi dengan Gmail. Google yakin laman sosial baru ini akan mendapat sambutan kerana pengguna Gmail ada lebih kurang setengah bilion. Malah Google juga mengenakan syarat kepada pengguna Youtube untuk mengakses laman itu menggunakan Google+ Jika Google dapat menarik separuh daripada jumlah pengguna Gmail dan Youtube, objektif mereka pada permulaannya akan tercapai.

Cara itu tampak seakan-akan berjaya apabila seramai 10 juta pengguna telah mendaftar akaun Google+ dalam masa tak sampai 2 minggu selepas dilancarkan. Walau bagaimanapun, kejayaan ini hanya seketika sahaja kerana pengguna beranggapan Google+ dimampu mencapai penanda aras yang telah ditetapkan oleh Facebook.

Walau bagaimanapun, Google+ tetap mampu dapatkan 524 juta pengguna daripada Gmail dan Youtube. Mungkin ini adalah kejayaan terbesar yang pernah dicapai oleh Google+ tetapi ada masalah lain pula timbul. Pengguna ramai tetapi tidak semua daripada mereka menggunakan Google+. Pengguna hanya mahu layari Gmail dalam masa yang begitu singkat sahaja. Secara tidak langsung, Google+ seperti langsung tidak dapat menjalankan fungisnya.

Lama-kelamaan Google+ semakin tidak mendapatkan sambutan dan jauh ditinggalkan oleh Facebook. Ketika Facebook berjaya mencapai jumlah pengguna aktif sebanyak 1.4 bilion, Google+ hanya mendapat 500 juta pengguna yang tidak aktif. Bermakna matlamat Google untuk menyaingi Facebook telah gagal secara total.

Oleh sebab itu, Google telah mengambil keputusan untuk menutup laman sosial Google+ pada 2019 kerana kurang mendapat sambutan. Apa-apapun terdapat pengajaran yang Google dapat sepanjang membangunkan Google+. Pengalaman itu digunakan oleh Google untuk membangunkan G Suite yang lebih memfokuskan kepada pengurusan masa.

Apa yang boleh disimpulkan adalah hasrat Google untuk memasuki pasaran lain adalah satu tindakan bagus. Namun, Google tampak seperti kurang bersedia untuk merobohkan dominasi lawan sehingga akhirnya lingkup. Dalam perniagaan, memang bagus untuk kita mempelbagai sumber peniaga tetapi risiko untuk rugi sangat tinggi. Jadi fokuslah kepada satu jenis perniagaan terlebih dahulu sebelum memecah masuk pasaran lain.

RUJUKAN:

Fiegerman, S. (2015, Ogos 2). Inside the failure of Google+, a very expensive attempt to unseat Facebook. Mashable. Dipetik daripada https://mashable.com/archive/google-plus-history

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.