
Google VS Apple: Dari Sepasang Kekasih Kepada Musuh Abadi
Hari ini Google dan Apple boleh dikatakan musuh ketat kerana masing-masing bersaing dalam industri sistem operasi telefon pintar. Walaupun Google dikatakan mendominasi pasaran melalui platform android, ianya masih lagi tidak mampu melawan ciri-ciri eksklusif iOS.
Tahukah anda, pada mulanya Google dan Apple adalah seperti pasangan kekasih yang sering berpimpinan tangan di taman bunga. Hal ini demikian kerana kedua-duanya miliki model perniagaan yang berbeza. Apple fokus kepada penghasilan telefon pintar dan Google pula sedang cuba memecahkan dominasi Yahoo dalam pasaran enjin carian.
Advertisement
Malah ketika Apple baru sahaja bertatih-tatih dalam pasaran telefon pintar, syarikat itu telah bekerjasama untuk membangunkan enjin carian Safari. Kebetulan juga Google hanya semut kecil dalam pasaran enjin carian dan mereka mengharapkan Apple dapat membantu memperkenalkan syarikat tersebut.
Bukan setakat itu, Eric Schmidt yang merupakan CEO Google adalah salah satu pengarah urusan Apple. Dekat ini memang kita dapat lihat hubungan antara Google dan Apple sangat rapat.
Walau bagaimanapun hubungan yang sedang mula erat, musah sekelip mata apabila Google telah membangun sistem operasi Android. Pada mulanya android dicipta sebagai sistem sokongan kepada kamera. Namun kebetulan pula, Google melihat pasaran telefon pintar kembali bernyawa dengan kejayaan iphone mendapat sambutan hangat daripada pengguna.
Perubahan Android itu secara tidak sengaja telah membuatkan hubungan Google dan Apple mulai retak. Bahkan kedua-duanya telah mula bersaing dalam pasaran sistem telefon pintar tetapi Apple tampak ada kelebihan.
Apple berjaya memasarkan telefon pintar dan sistem operasi serentak manakala Google hanya mampu gemilang dengan sistem operasi sahaja. Uniknya sistem operasi Android milik Google digunakan oleh hampir kesemua jenama telefon pintar.
Tindakan ini telah menyebabkan sistem operasi Android terus naik mendadak dan ditambah pula dengan lambakan jenama telefon pintar daripada China. Apple yang mula mahu mengambilalih telefon pintar daripada Nokia mula rasa tercabar kerana mereka merupakan perintis kepada penggunaan yang lebih meluas.
Selain itu, Apple juga terpaksa berhadapan dengan lebih ramai musuh untuk memastikan produk mereka terus relevan di mata pengguna. Antaranya Samsung menjadi pesaing terkuat Apple dalam pasaran telefon pintar. Kelebihan Samsung ketika itu adalah mereka menawarkan telefon pintar dengan harga lebih murah tetapi menyamai kualiti iphone.
Kemuncak kepada pertelingkahan ini adalah CEO Apple telah dipecat daripada jawatan pengarah urusan Apple. Pemecatan itu juga diiringi dengan tuduhan Steve Jobs yang menyatakan Google hanya mampu meniru idea Apple dalam membangunkan telefon pintar tanpa mampu berusaha sendiri.
Serentak dengan itu Apple telah menggunakan enjin carian yang dibangunkan oleh Microsoft bagi menggantikan Google.
Setelah 10 tahun, hubungan keduanya kembali pulih dengan Apple terpaksa akur bahawasanya Android akan tetap wujud untuk selamanya. Namun Apple tetap optimis bahawasanya iphone yang diisi dengan sistem operasi iOS tetap menjadi pilihan pengguna walaupun harga agak tinggi.
Sebagai tanda getback, Google telah membayar Apple sebanyak $8 bilion sehingga $12 bilion supaya menggunakan kembali enjin carian mereka. Biarpun tampak agak bodoh, tindakan ini sebenarnya membantu Google untuk mendominasi pasaran enjin carian sehingga mampu menolak Yahoo dan Microsoft terus jatuh.
Hari ini kerjasama antara kedua-dua syarikat ini memberikan keuntungan yang sangat besar. Senang cerita, ketepi segala sentiment, asalkan boleh buat duit kasi jalan.
RUJUKAN:
Wall Street Journal. (2020, Disember 17). How Apple and Google formed one of tech’s most powerful partnerships. [Fail video]. Dipetik daripada https://www.youtube.com/watch?v=73akzobLE3Q