fbpx

Honda: Kereta Idaman Wanita Se-Malaysia

0 737

Secara umumnya, Honda adalah jenama kenderaan yang amat digilai oleh masyarakat Malaysia tidak kira tua ataupun muda.

Malahan, Honda juga dijadikan indikator kepada status sosial seseorang dan kegilaan para wanita. Namun begitu, bagaimanakah Honda yang menjadi pujaan para wanita itu tertubuh? Ayuh soroti artikel ini.Honda Motor Company, Ltd., yang juga syarikat multinasional Jepun adalah antara pengeluar motorsikal dan automobil utama untuk pasaran dunia dan beribu pejabat di Tokyo, Jepun.

Advertisement

“Kami secara konsisten memilih jalan paling sulit yang penuh dengan cabaran. Kita harus memiliki kemahuan untuk mendepani cabaran dan kebijaksanaan untuk mencipta nilai-nilai baru tanpa terikat dengan piawai yang ditetapkan. Kami tidak ingin meniru orang lain”, kata Sochiro Honda.

Pada mulanya, Socihiro Honda hanyalah seorang pekerja di garaj Art Shokai sebagai mekanik biasa sahaja. Semuanya bermula apabila Soichiro Honda menggagaskan Institusi Penyelidikan Teknikal berhampiran Hamamatsu pada 1946 untuk membangunkan enjin dalaman yang kecil serta efisien.

Institusi ini telah diperbadankan sebagai Honda Motor Company pada tahun 1948 dan setahun lepas itu, mereka mula hasilkan motorsikal. Honda c-100 adalah motorsikal dengan enjin kecil diperkenalkan pada tahun 1953 dan menjadi motorsikal terlaris di dunia 6 tahun selepas itu.

Menjelang 1959, Honda juga telah menubuhkan anak syarikatnya di Amerika Syarikat iaitu American Honda Motor Company. Anak syarikat ini mula menghasilkan motorsikal di Amerika Syarikat pada 1979 dan kereta pula adalah ketika tahun 1982.

Walaupun Honda adalah peneraju utama dalam industri motorsikal, sebahagian besar keuntungan syarikat berasal daripada jualan kereta yang mula dihasilkan pada 1963.

Model T360 dan trak pikap mini adalah antara model pertama yang dihasilkan oleh Honda dalam percubaan mereka memasuki pasaran automobil. Antara kereta Honda yang begitu popular serta efisien adalah model Civic dan Accord.

Kredit: The Egde Markets

Honda juga adalah pengeksport utama Jepun ke Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Malahan, syarikat ini juga memiliki kilang pembuatan kereta di negara-negara lain serta terlibat dalam perjanjian perlesenan teknologi dengan beberapa syarikat asing.

Produk automotif Honda yang terkenal adalah terdiri daripada  Fit, Civic, Accord, Insight, CR-V, dan Odyssey. Kesemua model tersebut menjadi kegilaan di Malaysia bahkan dengan hanya bermodalkan model itu, lelaki mampu memikat si bunga.

Selepas itu semuanya telah menjadi sejarah dan Honda hampir berjaya menaklum pasaran automobil negara-negara Asean. Tidak keterlaluan untuk diberitahu bahawasanya Honda telah menjadi labang kemewahan.

Malahan ada yang sanggup menahan lapar demi memiliki sebuah Honda. Kepada pembaca semua, adakah anda peminat tegar Honda?

Source Britannica. (n.d). Honda Motor Company, Ltd: Japanese corporation. OSV. (2017, November 29). A brief history of Honda. Ukessays. (2018). Company background history Of Honda Motors.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.