fbpx

Hyundai: Tranformasi Syarikat Pembinaan Kepada Gergasi Automotif

0 69

Hyundai merupakan sebuah syarikat chaebol yang wujud di Korea Selatan. Semua sedia maklum bahawasanya chaebol adalah sekumpulan syarikat gergasi yang banyak mengawal selia aktiviti perniagaan di Korea Selatan.

Apa yang lebih menarik lagi Hyundai pada asalnya adalah sebuah syarikat pembinaan sebelum menjadi gergasi automotif dunia. Persoalannya bagaimana Hyundai boleh berubah dari sektor pembinaan ke automotif?

Advertisement

Hyundai telah ditubuhkan pada tahun 1947 dengan nama Hyundai Engineering and Construction Company di era semenanjung Korea terbahagi kepada dua kawasan.

Hyudai establish
Kredit: Facebook

Selepas sahaja tamat Perang Korea, Hyundai telah diarahkan oleh pihak pemerintah untuk membina sebahagian besar infrastruktur pengangkutan Korea Selatan.

Baca juga Bagaimana Korea Selatan Bangkit Menjadi Harimau Ekonomi Asia

Salah satunya adalah dengan pembinaan lebuhraya Kyeong-bu dan beberapa struktur yang lain.

Bermula sejak itu Hyundai memonopoli sektor pembinaan dan dibantu oleh pihak pemerintah Korea Selatan untuk menceburi bidang baharu.

Bermula tahun 1967, Hyundai Motor Company telah ditubuhkan sebagai cadangan pembuatan automotif. Pada tahun yang berikutnya kilang pemasangan komponen automotif telah siap dibina di Ulsan.

Tahun yang sama juga menyaksikan Hyundai berjaya memasang model automotif pertama mereka iaitu Cortina hasil kerjasama dengan Ford Motor Company.

Ford Cortina
Kredia: Wikipedia

Dikala itu Hyundai mencatatkan sejarah sebagai kilang pemasangan terpantas bagi model Ford di luar negara.

Berikutan kejayaan awal pemasangan Cortina, Hyundai telah mengambil keputusan untuk membangunkan automitfnya sendiri.

Dengan itu, Hyundai telah melantik bekas pengarah urusan Austin Morris iaitu George Turnbull untuk mengetuai syarikat itu dalam pembikinan automotif.

Turnbull dengan pantas telah mendapatkan enam orang jurutera Eropah untuk membantu beliau menghasilkan kereta pertama Hyundai.

Impaknya mereka berjaya menghasilkan model Pony yang dibuka kepada pasaran ketika Disember 1975. Model pertama Hyundai itu mendapat julukan kukmincha yang membawa maksud kereta untuk rakyat.

Pony telah menjadi kereta Korea Selatan yang dikeluarkan secara besar-besaran malah model utama untuk Hyundai selama bertahun-tahun.

Hyundai Pony
Kredit: Cars Guide

Memasuki 1976, Hyundai mula mengeksport Pony ke beberapa buah negara seperti Chile, Argentina, Colombia dan Mesir sebelum ke Eropah pada dua tahun berikutnya.

Tahun 1980 pula menyaksikan syarikat ini mula fokus untuk pergi ke pasaran global untuk bersaing dengan syarikat automotif yang lain.

Beberapa tahun selepas itu, model Pony mula menerjah pasaran Britain dan Kanada dengan mendapat permintaan yang tinggi.

Hyundai tidak memandangkan kebelakang lagi apabila mula memperkenalkan model Hyundai Sonata generasi pertama.

Pasaran Amerika Syarikat pula berjaya ditembusi oleh syarikat itu menerusi model Pony Excel pada tahun 1986.

Ketika itu angka jualan Pony Excel mencapai 168,000 unit pada tahun pertama penjualan model itu di Amerika Syarikat dan sehingga ke hari ini rekoad itu sukar dipecahkan.

Buat pengetahuan semua, pengeluaran keseluruh model kereta daripada Hyundai berjaya mencapai 4 juta unit pada 1990.

Setahun selepas itu, Hyundai telah menghasilkan enjin kereta sendiri dan ianya digunapakai pada 1992 melalui model Hyundai Scoupe.

Hyundai Scoupe

Bermula daripada dekad 90an, Hyundai terus berkembang dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar automotif terkemuka dunia.

Antaranya adalah dengan penubuhan pusat R&D di Jerman dan kilang luar negara pertama Hyundai di Turki untuk pasaran Eropah.

Bagi memastikan syarikat terus relevan untuk berpuluh tahun akan datang, Hyundai telah bereksperimentasi dengan menghasilkan kereta elektrik dan hybrid.

Sonata Electric Vehicle yang dibangunkan pada 1991 menjadi prototaip pertama kereta elektrik. Bagi kereta hibrid pula, model FGV-1 telah diperkenal di Seoul Motor Show 1995.

Mong-Koo Chung
Kredit: One PPS Group

Pelantikan Mong-Koo Chung sebagai pengerusi Hyundai Motor Group menguatkan lagi aspirasi jenama ini untuk terus kekal dalam pasaran antarabangsa.

Memasuki era milennium, Hyundai telah banyak melabur untuk mempertingkatkan kualiti, reka bentuk, penghasilan dan penyelidikan jangka panjang modelnya untuk pasaran Eropah.

Jadi Hyundai European Design Center telah ditubuhkan bagi memenuhi hasrat tersebut lalu diikuti oleh pembukaan Hyundai Motor Europe Technical Center dan Namyang Design Center.

Hyundai terus mekar dengan aspirasi mereka melalui penghasilan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama mereka yang diberi nama Santa Fe bersempena sebuah kota di New Mexico.

Santa Fe
Kredit: Carlook

Ianya merupakan satu tindakan yang berani dan sangat berkesan apabila mula menarik perhatian pembeli daripada benua Amerika. Dalam masa yang singkat sahaja, Santa Fe berjaya menjadi kereta terlaris Hyundai.

Bermula tahun 2010, Hyundai mula berimpian untuk menghasilkan lebih banyak model kereta yang mesra alam dan bebas pencemaran.

Maka, Hyundai telah mengeluarkan kerea elektrik rasmi pertama mereka iaitu BlueOn yang dibina berdasarkan Hyundai i10. Kereta ini dilengkapi bateri polimer lithium 16.4 kWh dengan enam jam masa pengecasan.

BlueOn

Selepas itu semuanya menjadi sejarah dengan Hyundai mula melibatkan diri untuk menghasilkan kereta hydrogen dan menyertai sukan pemotoran.

Hari ini Hyundai berjaya menjadi jenama kereta yang sangat berdaya saing di dunia menyamai beberapa jenama daripada Jerman dan Jepun.

Kesimpulannya di sini, jika bantuan kerajaan itu digunakan dengan betul pasti ianya akan menzahirkan perkara yang menguntungkan.

Lihat sahaja Hyundai berjaya bertranformasi daripada pembuat jalan kepada jenama automatif terkemuka dunia. Itu adalah perkara yang sepatutnya syarikat tempatan contohi.

Baca juga Samsung: Tranformasi Kedai Runcit Kepada Gergasi Elektronik

Source Hyundai. (2019, Jun 4). Over 50 years of progress: the history of Hyundai.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.