fbpx

Idea Penyusunan Semula Portfolio Saham Anda

0 651

Kita mungkin biasa dengar tentang pemelbagaian portfolio pelaburan atau terma yang lebih dikenali adalah diversify. Tapi jarang kita dengar tentang penyusunan semula portfolio pelaburan atau orang kampung panggil rebalancing.

 

Sebelum nak rebalancing, semestinya kita kena diversify dulu.

 

Advertisement

Baca : Mahukah Anda Masuk Pelaburan Yang Rugi?

 

Dalam portfolio pelaburan, biasanya kita akan pelbagaikan mengikut kelas aset pelaburan seperti fix deposit, REIT, hartanah, saham, komoditi dan sebagainya.

 

Bagi yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan, mungkin anda boleh bahagikan mengikut risiko pelaburan iaitu risiko rendah, sederhana dan tinggi. Pembahagian portfolio pula bergantung pada tahap risiko masing-masing.

portfolio-pelaburan
Sumber : ETFs

Contohnya jika anda jenis selera risiko tinggi, pembahagian anda mungkin lebih berat dalam pelaburan berisiko tinggi. Gambar rajah diatas mungkin boleh jadi panduan asas untuk pembahagian portfolio pelaburan anda.

 

Contoh anda pilih portfolio agresif, dalam bahagian ekuiti/saham tu sendiri ada pecahannya lagi. Inilah yang kita akan fokuskan dalam artikel kali ini. Tujuannya tak lain tak bukan untuk urus risiko.

 

Jom kita fahamkan idea pemelbagaian dalam portfolio saham terlebih dahulu sebelum kita pergi ke bahagian penyusunan portfolio saham.

 

1. Sektor Pasaran

Kebiasaannya pelabu atau pedagang akan menggunakan pendekatan top down , iaitu mulakan dari atas kemudian kecilkan skop. Dalam hal ini, mereka akan lihat sektor apa yang sedang atau akan rancak.

 

Contohnya, ketika ini sektor kesihatan kelihatan menerima tempias yang positif daripada situasi yang sedang kita hadapi hari ini iaitu Covid-19. Selain itu, sektor teknologi juga berpotensi dek pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini.

 

Dah pilih sektor, barulah pilih kaunter dalam sektor berkaitan. Contoh anda hendak berdagang dalam 5 kaunter saham, jangalah kelima-lima kaunter tu dalam sektor yang sama. Pelbagaikan ikut analisa masing-masing.

 

2. Saiz Kapital Syarikat

Setiap syarikat ada saiz kapital masing-masing. Dalam hal ini, kita bahagi kepada dua iaitu blue-chip (saiz kapital >2 bilion) dan mid-small cap (200 juta – 2 bilion).

 

Di sini kita boleh terapkan konsep risk-based portfolio seperti yang diterangkan di atas. Contohnya, 20% dalam syarikat blue chip, manakala 80% dalam syarikat mid-small cap.

 

Dua-dua ni boleh buat untung cuma bezanya risiko tinggi atau tidak dan untung cepat atau lambat.

 

Syarikat blue-chip ni risikonya rendah tapi untungnya ambil masa atau steady. Sesuai untuk pelabur jangka masa panjang dan matlamat nak dapat dividen.

 

Manakala syarikat mid-small cap sesuai untuk pedangang jangka masa pendek dan selera risiko tinggi. Untung memang boleh dapat cepat, rugi cepat pun boleh dapat kalau tak ada ilmu.

 

3. Modal Pelaburan

Benda ni subjektif. Setiap orang berbeza kondisi, status kewangan, selera risiko dan pengetahuan.

 

Pernah dengar tak orang kata maksimum kaunter saham kita boleh beli 10 kaunter?

 

Walaupun begitu, kalau modal dah kecil, janganlah pergi hentak beli 10 kaunter. Tak berbaloi pun. Silap hari bulan brokerage fee lagi tinggi daripada keuntungan anda.

 

Bagi yang mempunyai modal besar, pembahagian kaunter sahamnya mungkin melibatkan antara kaunter-kaunter blue-chip dan mid-small cap. Bagi yang kecil modalnya, mungkin sukar sebab kaunter-kaunter blue-chip biasanya mahal-mahal.

 

Apa yang boleh dicadangkan adalah, peruntukkan sebahagian kecil sebagai cash reserve. Contohnya, 30% daripada peruntukan modal pelaburan tidak dilaburkan. Sebab apa? Ini yang kita akan bincangkan dalam bahagian penyusunan semula porfolio.

 

Penyusunan Portfolio

Untuk tidak memeningkan, kita andaikan 30% yang anda peruntukkan sebagai tunai atau letak dalam kaunter blue-chip sebagai akaun A. Selebihnya bahagian untuk anda berdagang jangka masa pendek anda namakan sebagai Akaun B.

 

Setelah beberapa tempoh, rezeki anda, Akaun B berkembang lebih cepat menjadikan ia kepada 80% daripada portfolio anda. Macam mana boleh jadi macam tu pula?

 

Kita ambil contoh modal anda RM10,000. Akaun A bernilai RM3,000, manakala Akaun B pula RM7,000. Anda pun dagangkan Akaun B tu sehingga menjadi RM12,000, jumlah portfolio anda sekarang adalah RM15,000. Tak ke Akaun B tu dah jadi 80% daripada jumlah nilai portfolio anda?

 

Bila dah berubah, anda kena tetapkan pendirian untuk kekal pada kadar 70% sahaja. Jadi, anda pun pindahkan RM1,500 daripada Akaun B ke Akaun A. Maka, jadilah Akaun A bernilai RM4,500 (30%) dan Akaun B bernilai RM10,500 (70%).

 

Ulanglah benda ni setiap kali berlaku perubahan peratusan. Tak kira anda rugi atau untung, anda kena seimbangkan semula pada kadar asal yang telah anda tetapkan.

 

Kenapa perlu buat macam ni? Antara salah satu sebabnya supaya anda tak overtrade. Maklumlah bila Akaun B dah berkembang lain macam, maka emosi pula mengatasi anda. Untuk jangka masa panjang pula, dengan cara ini, anda boleh kembangkan Akaun A tadi dengan risiko yang rendah.

 

Ini hanyalah sekadar panduan. Kalau anda dapatkan konsultasi perunding kewangan yang bertauliah, mereka siap kirakan berapa peratusan yang sesuai untuk anda.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.