fbpx

iFAST CAPITAL MEMBUKA PINTU UNTUK PELABUR DENGAN PLATFORM PELABURAN DIGITAL PELBAGAI ASET PERTAMA DI MALAYSIA

Platform Pelaburan Digital Pelbagai Aset pertama yang memegang lesen Peserta Dagangan dari Bursa Malaysia sejak 2009

0 380

Kuala Lumpur, 31 Mac 2021 – iFAST Capital Sdn. Bhd., anak syarikat Malaysia yang dimiliki oleh iFAST Corporation Ltd mengumumkan pelancaran perkhidmatan pembrokeran saham dan dana dagangan saham (ETF) terbaharu di FSMOne Malaysia – platform pengurusan harta atas talian yang menyediakan rangkaian produk yang luas untuk membantu pelabur dalam mencapai matlamat pelaburan mereka.

Sejajar dengan komitmen iFAST Capital untuk menyediakan pengurusan harta yang terbaik di bawah satu platform, pelancaran produk baru ini bukan sahaja membolehkan jenis pelabur do-it-yourself (DIY) memperoleh unit amanah, bon, pengurusan portfolio dan insurans, tetapi juga mendapat akses mudah kepada Saham dan ETF yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Advertisement

Encik Wong Weiyi, Pengurus Besar FSMOne Malaysia berkongsi bahawa mereka bersyukur dapat memegang lesen Peserta Dagangan yang kini tersenarai dalam Bursa sejak tahun 2009.

Wong Weiyi, Pengurus Besar FSMOne Malaysia

“Sejak tahun lepas, pangkalan data kami telah berkembang melebihi 100,000 akaun aktif. Oleh itu, dengan pelancaran platform dagangan Saham & ETF, kami percaya bahawa pelabur kami akan lebih menghargai Platform Pelbagai Aset yang dipertingkatkan ini,” kata Encik Wong.

FSMOne menjenamakan diri mereka sebagai platform Pelbagai Aset di mana pelabur boleh melabur dalam Saham & ETF, Unit Amanah, Bon, Pengurusan Portfolio dan Insurans dalam satu tempat. Dengan yuran broker yang kompetitif sebanyak 0.05% atau minimum RM8.80, FSMOne akan menyediakan platform yang holistik untuk memenuhi keperluan pelaburan semua pelanggan.

Melihat kepada peningkatan minat terhadap pasaran kewangan oleh pelabur baru, iFAST Capital berusaha untuk menambah nilai dengan menyediakan penyelidikan mendalam dan pakar untuk memastikan pelabur mengikuti perkembangan pasaran saham agar dapat membuat keputusan yang tepat.

“Kami menerbitkan artikel berkala dan mengadakan program bersama pengurus dana untuk memastikan pelabur kami sentiasa bersedia untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi pasaran.”

Di samping pelancaran platform Saham dan ETF di Malaysia, iFAST Capital ingin memperluaskan pasarannya dengan menyediakan Saham dan ETF yang disenaraikan di Amerika Syarikat dan Hong Kong dalam masa terdekat. Usaha tersebut bermatlamat untuk membolehkan para pelabur mewujudkan portfolio yang mempunyai kepelbagaian pada peringkat global.

FSMOne juga akan menawarkan promosi kepada pelabur sedia ada dan baru untuk mencuba platform tersebut sambil menikmati komisen 0% sepanjang bulan tanpa had berakhir 30 April 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini ataupun berkenaan FSMOne, sila layari https://www.fsmone.com.my/.

You might also like