fbpx

Impian Saudi Menguasai Pasaran Hidrogen Global

0 124

Semua sedia maklum ketika ini, Arab Saudi sedang berusaha mempelbagaikan pendapatan mereka termasuk tidak mahu terlalu bergantung kepada sektor minyak dan gas.

Bagi mencapai matlamat sedemikian, Riyadh beralih kepada sektor tenaga baru yang dilihat kunci kepada pembangunan hijau global iaitu hidrogen. Ia akan dimanifestasikan menerusi pembinaan bandar mega NEOM yang dijangka dibuka pada 2025.

Advertisement

NEOM dilihat sebagai satu usaha memanfaatkan potensi hidrogen sebagai sumber pendapatan baru Arab Saudi dan boleh mencecah sehingga berbilion dolar setahun.

NEOM City
Kredit: Business Insider

Perkara terakhir yang dimahukan Riyadh ialah melihat sektor ini dikawal oleh negara-negara asing seperti China dan Australia.

Justeru menerusi loji tenaga hijau Helios yang menggunakan tenaga suria dan angin sebagai sumber tenaga, ia bakal menjadikan Saudi sebagai antara pengeluar hidrogen terbesar di dunia.

Dua syarikat yang diamanahkan Riyadh untuk merealisasikan hasrat tersebut ialah gergasi tenaga hijau Innogy SE.

Bagi CEOnya, Peter Terium, beliau mengakui cabaran membina loji berskala sebegini sebagai sesuatu yang mencabar dan tidak pernah dibuat oleh sesiapa. Namun kini, mereka semakin hampir menjadikan impian Riyadh ini sebagai satu realiti.

Hidrogen dahulunya digunakan sebagai sumber bahan api kapal udara (zeppelin), roket dan senjata nuklear. Walau bagaimanapun dalam era di mana kelestarian alam sekitar menjadi keutamaan, hidrogen kini menjadi sumber perniagaan yang lumayan.

Kesatuan Eropah (EU) memperuntukkan AS$500 bilion untuk menambahbaik infrastruktur tenaganya agar dapat beralih kepada hidrogen.

Britain sedang melaksanakan 10 projek untuk memanaskan bangunan dengan gas tersebut. Manakala China sibuk memperkenalkan kenderaan komersial dan bas-bas berasaskan sel bahan api.

Perkaea ini satu berita baik bagi mana-mana negara yang beraspirasi sebagai pengeluar hidrogen termasuk Arab Saudi.

Dengan meletakkan diri mereka sebagai pengeluar hidrogen terbesar di dunia menerusi loji tenaga hijau Helios, nilai pasaran hidrogen boleh mencecah AS$700 bilion menjelang tahun 2050.

Potensi nilai tersebut sememangnya menggiurkan mana-mana pelabur dan pemain industri.

Namun untuk mencapainya memerlukan pelan biru dan strategi-strategi berkesan untuk membawa industri hidrogen ke hadapan. Selain itu, pemain industri harus memikirkan cara menguruskan gas hidrogen itu sendiri.

Hal ini demikian kerana usaha membuang semua gas rumah hijau daripada hidrogen memakan kos yang tinggi, sukar untuk disimpan dan mudah meletup.

Atas sebab itulah, alternatif tenaga hijau dilihat mampu membawa industri ini ke hadapan. Ianya berikutan hidrogen dihasilkan daripada sumber yang boleh diperbaharui dan kos penghasilan per kilogram di bawah AS$5.

Bagi Riyadh, mereka mempunyai pelbagai kelebihan untuk aspek ini seperti tanah luas yang tidak digunakan dan lambakan potensi tenaga suria dan angin.

Dari segi harga global, harga hidrogen yang dihasilkan Helios boleh mencapai harga yang paling rendah dengan nilai AS$1.50 per kilogram menjelang 2030.

Harga tersebut jauh lebih murah berbanding harga hidrogen yang dihasilkan daripada sumber yang tidak diperbaharui.

NEOM bukan sekadar penerus cita-cita Arab Saudi sebagai pengeluar tenaga terbesar dunia.

Malah, ia dilihat dapat mencapai salah satu visi yang ditetapkan dalam Wawasan Saudi 2030 yang digerakkan oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman untuk memajukan negara tersebut.

Baca juga Bajet Karbon: Perjanjian Mengurangkan Pengeluaran Karbon

Source Ratcliffe, V. (2021). Saudi Arabia’s Bold Plan to Rule the $700 Billion Hydrogen Market. Bloomberg.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.