fbpx

Industri Baru Kunci Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

0 116

Berikutan situasi pandemik Covid-19 yang membelenggu ekonomi global terutama Malaysia hari ini, negara disyorkan melihat industri-industri baru bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

 

Pandangan ini disuarakan oleh rakan kongsi firma perkongsian modal yang berpangkalan di Silicon Valley, Khailee Ng.

 

Advertisement

Semasa bercakap dalam seminar dalam talian anjuran Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bertajuk The EAC Workshop Series: Malaysia’s Digital Economy, Ng mencadangkan negara meneroka pelbagai industri termasuk industri angkasa lepas.

Kredit: KLxpress

“Tak ramai orang tahu Malaysia merupakan tempat terbaik untuk pelancaran prob atau satelit dalam situasi ketiadaan ruang. Dari segi kos, ia merupakan antara yang termurah dan terdapat perbezaan faktor kos yang besar jika anda berhampiran dengan kawasan garisan Khatulistiwa.

 

“Jika kita cuba mengejar dengan memasuki industri lain seperti elektronik, gergasi elektronik besar seperti China dan Korea Selatan sendiri merasa tekanan ketika ini, jadi kenapa tidak industri angkasa lepas?” katanya.

 

Beliau mencadangkan kerajaan membina asas ekonomi angkasa lepas dengan dana angkasa lepas dan membina kosmodrom (tapak perlancaran angkasa lepas) serta mengadakan kolaborasi dengan pemain industri sedia ada.

 

Bagaimanapun, pada masa sama, Ng mengingatkan agar tidak melupakan industri makanan dan teknologi pertanian.

 

“Jika kita mahu para petani beroperasi secara digital, kita perlu melakukan perkara sama dengan berkolaborasi dengan syarikat-syarikat pemula digital tempatan dan luar negara serta firma teknologi pertanian yang terkemuka. Kita juga perlu mewujudkan sebuah dana teknologi pertanian dengan fokus utamanya ialah teknologi dan para petani,” tambahnya.

 

Beliau turut melihat dengan kewujudan platform perniagaan digital seperti Lazada dan Shopee, ia mendorong lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan pendigitalan tanpa mengira peringkat usia sama ada bekerja dalam ekonomi gig atau mendapatkan maklumat dalam talian berkenaan pengurusan portfolio pelaburan mereka.

 

Ng percaya dengan teknologi sebagai alat, ekonomi dapat dipacu ke tahap paling tinggi dengan syarat semua pihak dari pihak kerajaan hinggalah media dan pelabur bekerjasama dalam memartabatkan teknologi dalam bidang mereka.

 

Tambahnya, “Saya berharap dapat melihat lebih ramai orang berpeluang melihat teknologi sebagai satu lagi bentuk pelaburan yang berpotensi.”

Source Kamel, Harizah. (2020). Malaysia needs to look at new industry to boost economy. The Malaysian Reserve.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.