fbpx

Industri Apa Yang ‘boom’ Ketika Kegawatan?

0 625
Ada forum diskusi dengan rakan-rakan, tentang apakah industri yang ‘boom’ ketika waktu krisis macam sekarang ni.
Jawapan, berkisarkan tentang paling obvious – industri perubatan (vaksin) dan kesihatan (topeng muka, sarung tangan getah dan lain-lain).

 

Advertisement

Biasalah, saya cuba untuk nak jadi diskusi itu menarik. Saya bagi ‘bold story’ – industri keseronokan adalah industri yang sedang ‘boom’ ketika kegawatan ekonomi. Haha. Sesuka hati Sje cakap macam itu.

 

Saya cakap industri seronok, mencari keseronokan. Boleh jadi industri hiburan menyeronokkan.

 

Sebenarnya, kalau kita semak industri berdasarkan mencari keseronokan, memang banyak je ‘case study’ ada. Boleh Google. Banyak.

 

Ketika gawat, manusia mencari jalan untuk ‘melepaskan’ kekusutan dalam kepala. Tahun 1973 sehingga tahun 1975, adalah zaman kegawatan. Waktu begini, kingpin-kingpin muncul.

 

Ya, dadah adalah salah satu cara hilangkan kekusutan, bukan? Ini terbukti sejak pengenalan Opium di tanah Hong Kong. Komoditi paling berharga tatkala kancah politik negara. Harga mahal, tolak tepi, janji hilang ‘stress’.

 

Tahun 2008, adalah tahun suram ekonomi US. Ramai orang hilang kerja, kadar pengangguran meningkat dan lain-lain. Tapi itulah tahun Marvel keluarkan Iron Man dan meletup.

Disney opens world's first Iron Man Experience in Hong Kong

Samalah, tahun 2020, bilangan pelanggan untuk langganan macam Netflix, Disney+, Amazon dan HBO meningkat. Kusut, on TV. Tak boleh keluar rumah kan.

 

Lagi ‘bold’, kekerapan orang buat seks lebih tinggi ketika gawat. Ini berdasarkan jualan kondom jenama terkenal. Boleh jadi, Baby Boom Generation adalah sebab itunya satu-satu hiburan yang ada pada waktu itu.

 

Itu sebab hari ini ada artikel di tabloid berita, orang menawarkan pelacuran kepada yang mahukan.

 

Demand & Supply. Ada orang nak (demand), dan ada orang ‘opportunist’. Ini benda yang negatif.

 

Hiburan yang positif pun ada.

 

Pre-order PS5 naik mencanak-canak. Game FIFA 2021 pun, sekejap je orang sambar. Board Game Hasbro jualan pun meningkat. Tak pasal-pasal, Among Us pun boleh jadi Top Downloaded apps.

 

Ada siapa berani masuk industri seronok-seronok?

 

Artikel ini ditulis oleh Adib Yazid 

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.