fbpx

Infrastruktur Amerika Syarikat Semakin Jahanam

0 1,419

Amerika Syarikat mungkin dipamerkan sebagai negara yang sangat hebat dalam filem. Seni bina yang mencabar graviti menunjukkan kehebatan kejuruteraan tempatan.

 

Namun sama seperti negara lain, Amerika Syarikat juga berdepan dengan masalah infrastruktur yang sangat besar. Malah dalam banyak isu semasa, infrastruktur sentiasa disebut rakyat atas faktor yang jelas.

 

Advertisement

Sepanjang pentadbiran Donald J. Trump, infrastruktur sentiasa ditekankan White House (Niquette, 2017).

We will build new roads, and highways, and bridges, and airports, and tunnels, and railways across our wonderful nation.” Namun kenyataan Trump berbaur politik untuk menyejukkan hati rakyat.

 

Menurut penasihat Pusat Dasar Bipartisan Jill Eicher, kerajaan harus memahami kelebihan dan kekurangan terlebih dahulu sebelum infrastruktur boleh dipulihkan (Bush, 2018).

 

Amerika Syarikat mempunyai jalan raya 6.58 juta kilometer panjang. Belum lagi empangan, jambatan, lebuh raya dan sebagainya. Setiap negeri sudah berhubung antara satu sama lain.

 

Meskipun dengan harta yang sangat banyak, Amerika Syarikat tidak mampu memetik jari untuk meluluskan pakej pemulihan infrastruktur yang mendapat penarafan D+.

 

Hanya duit sahaja boleh merealisasikan impian Trump, sekurang-kurangnya AS$4.6 trilion menurt agensi penarafan tersebut. Pada tahun 2019, Kongres dan White House bersetuju dengan Pelan Infrastruktur AS$2 trilion (Simon & Clarke, 2019).

 

Namun pelan tersebut masih belum menyelesaikan masalah. Jalan raya di Michigan masih dalam keadaan merbahaya, dengan lopak dan lubang terlalu banyak sampai boleh merosakkan tayar.

 

Selain daripada jalan raya, sekolah-sekolah Amerika Syarikat juga dalam keadaan usang. Pennoyer School misalnya tidak berubah pun sejak tahun 1954. Sistem airnya dicemari plumbum. Selama dua minit setiap minggu, para pelajar perlu bergotong-royong dan buka semua kepala paip.

 

Sekolah yang sama juga tidak mampu mengimbangi suhu untuk keselesaan pelajar. Semasa belajar, mereka sama ada berpeluh atau sedang menggigil.

 

Komarek School pun begitu juga. Dibina pada tahun 1936, sekolah ini tidak dilengkapkan dengan sistem penyembur air pun jika ada kebakaran.

 

Dari segi Internet pula, penduduk-penduduk di persisiran Cleveland tidak mendapat akses atas talian yang stabil. Peniaga tidak mampu membuat carian, dan hantaran media sosial memakan masa 15 hingga 20 minit.

 

Semua ini hanyalah sebahagian daripada banyak infrastruktur Amerika Syarikat yang perlu diperbaiki. Anehnya, negara ini selalu cukup duit untuk berperang – tetapi demi infrastruktur dan kesihatan, lain pula bunyinya.

Source Bush, D. (2018, Januari 8). What would it take to fix America’s crumbling infrastructure? PBS. Niquette, M. (2017, Disember 8). Trump to Release Infrastructure Plan in January, Official Says. Bloomberg. Simon, M., & Clarke, R. (2019, Jun 22). America’s infrastructure is crumbling and these people are suffering because of it. CNN.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.