fbpx

Ini Adalah 3 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Bayar Cukai

0 2,296

Cukai boleh dikatakan menjadi sesuatu yang wajib untuk kita bayar malahan ianya mengejar kita sehinggalah menuju kematian.

Paling penting sekali, jangan cuba untuk mengelak atau lari daripada cukai. Dikhuatiri jika pihak berautoriti dapat mengesan kegiatan anda, pasti akan didakwa dan perlu membayar cukai tertunggak secara lumsum.

Advertisement

Tahukah anda, cukai telah wujud selama ribuan tahun dan ianya akan tetap ada selagi mana peradaban manusia masih lagi berfungsi.

Kredit: iProperty

Terdapat pelbagai jenis cukai yang wujud di dunia ini sehingga kita mula mempersoalkan kewajaran membayar cukai mengunakah pelbagai hujah dari sudut agama, kemanusiaan dan pelbagai lagi. Berikut adalah 3 sebab utama kenapa anda perlu membayar cukai.

 

1. Kebajikan Masyarakat

Tahukah anda, kebajikan dan keselamatan masyarakat dapat dipertingkatkan jika anda semua membayar cukai tanpa mengelak.

Hal ini dapat dilihat apabila golongan B40 serta gelandangan adalah mereka yang paling ramai menerima manfaat daripada cukai. Sebagai contoh adalah seperti pemberian tunai iaitu Bantuan Sara Diri (BSH) dan Bantuan Penjana buat golongan tersebut.

Hasil daripada cukai juga digunakan untuk membina kemudahan infrastruktur seperti hospital, sekolah dan pengangkutan awam.

Apabila kebajikan rakyat terjaga, maka kadar jenayah akan beransur-ansur turun. Hasil daripada cukai ini juga turut mampu merapatkan jurang antara elitis dan marhaen.

 

2. Demi Ekonomi Negara

Tiada negara di dalam dunia ini yang mampu bertahan tanpa adanya cukai. Mungkin ada beberapa negara yang tidak amalkan cukai-cukai tertentu seperti GST/VAT tetapi tetap miliki cukai lain.

Cukai juga banyak membantu kerajaan untuk melaksanakan pelbagai dasar cumanya ia merakyat ataupun tidak sahaja. Malahan ianya juga membantu ekonomi negara untuk berjalan dan berdaya saing.

Suatu ketika dahulu ada ura-ura berpendapat kenapa kita perlu membayar cukai sedangkan Malaysia miliki rizab minyak yang banyak.

Gunakan sahaja hasil daripada minyak itu untuk menjadi kaya sebagaimana negara Timur Tengah.

Hari ini kita lihat harga minyak semakin jatuh ditambah dengan koronavirus lagi, kebanyakan negara Timur Tengah sedang tenang kerana terlalu bergantung kepada minyak.

Negara kita sendiri pun hampir tenat apabila peratus kebergantungan kepada minyak semakin meningkat apabila cukai GST dihapuskan. Jadi membayar cukai adalah salah satu fungsi kita kepada negara demi kesejahteraan rakyat.

 

3. Elakan Daripada Terpaksa Membayar Lumsum

Segelintir daripada kita pasti akan memikirkan taktik bagi mengurangkan bayaran cukai kepada kerajaan.

Malahan ada juga yang terus cuba mengelak membayarnya walaupun pendapatan sudah melebihi angka untuk membayar cukai. Jadi bayarlah cukai seperti mana yang dikehendaki dan letakkan dalam minda ianya adalah untuk manfaat masyarakat.

Anda boleh sahaja untuk tidak membayar cukai tetapi anda harus sanggup menerima risiko bakal didakwa dan terpaksa membayar lumsum.

 

Natijahnya, sistem percukaian mestilah ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sesiapapun dapat mengelak daripada membayarnya.

Membayar cukai juga menjadikan anda adalah seorang rakyat yang prihatin dan dapat membantu negara menuju ke arah lebih berkebajikan.

Source Olufemi, G. (n.d). The 3 primary reasons why you need to pay taxes. Life Hack.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.