fbpx

Ini Adalah Sebab Mengapa Graduan Baru Sukar Mendapatkan Kerja

0 984

Sebagai graduan baru, anda pasti menyangka ianya adalah satu kelebihan berbanding pekerja yang lebih tua.

 

Tanggapan itu hadir kerana ramai beranggapan bahawa graduan muda lebih bertenaga, boleh bayar murah dan miliki idea yang segar untuk kemandirian syarikat.

 

Advertisement

Namun, kita sedia maklum bahawasanya graduan baru terlalu muda dan sangat tidak berpengalaman. Walaupun majikan lebih gemar ambil pekerja yang lebih muda tetapi aspek pengalaman juga turut diambil kira.

Berikut adalah beberapa halangan yang bakal dihadapi graduan baru ketika ingin mendapatkan sebuah pekerjaan.

 

1. Persaingan begitu sengit

Era di mana institusi pengajian tinggi hanya dapat diakses oleh golongan elitis dan bangsawan tampaknya sudah berakhir. Kos pembelajaran menjadi semakin berpatutan dengan pengenalan biasiswa dan pinjaman.

 

Hal ini secara tidak langung dapat mengurangkan beban pelajar yang berasal daripada golongan marhaen. Dengan itu bilangan pemegang ijazah akan meningkat menyebabkan persaingan begitu sengit untuk jumlah pekerjaan yang terhad di luar sana.

 

Dalam situasi ini, syarikat hanya memilih graduan baru yang benar-benar layak untuk mengisi sesetengah jawatan. Bagi yang lain pula, mereka terpaksa bermula daripada bawah semula ataupun bekerja diluar kelulusan.

 

2. Tidak miliki pengalaman kerja

Sebilangan graduan telah mengetahui bahawasanya betapa penting mencari pengalaman ketika menjalani latihan industri.

 

Namun ramai daripada mereka agak tidak serius dalam menjalani latihan industri sehingga membuatkan majikan tidak terlihat potensi mereka.

 

Latihan industri yang baik bakal menarik perhatian majikan untuk mengambil graduan baru terus bekerja. Paling tidak pun, mereka berjaya mendapatkan beberapa kenalan dalam industri demi masa depan yang lebih terjamin.

 

Sebelum itu pastikan anda mendapat pengalaman yang berguna semasa latihan industri dan jangan terlalu bersenang-lenang macam anda adalah maharaja.

 

3. Kurang berkemahiran

Sebelum bekerja, anda perlu memastikan anda miliki nilai yang boleh disumbangkan kepada syarikat.

 

Graduan yang miliki kemahiran tambahan terutama dalam bidang pengkomputeran seperti penggunaan aplikasi Adobe akan memberi nilai kepada mereka.

 

Kalau boleh dapatkan kemahiran tersebut seawal usia muda pastinya ianya akan memberi manfaat. Jadi, bila diminta majikan untuk melakukan beberapa kerja yang renyah, pasti anda akan mampu laksanakannya tanpa alasan.

 

Harus diingati bahawa syarikat kurang gemar dengan mereka yang tidak berkemahiran dan memerlukan masa untuk belajar.

Source JobStreet.com. (2018, Mac 3). Reasons why fresh grads find it hard to get a job and what they can do about it.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.