
Ini Kisah Disebalik Petrodollar Antara Amerika Syarikat Dan Arab Saudi
Kisah ini bermula apabila Amerika Syarikat telah dikenakan embargo oleh negara-negara Arab OPEC sebagai balasan kerana membantu Israel dalam perang Yom Kippur. Hal ini telah menyebabkan harga minyak meningkat empat kali ganda.
Dengan itu, Amerika Syarikat telah menghantar William Simons ke seluruh Eropah dan Timur Tengah bagi melaksanakan diplomasi ekonomi.
Advertisement
Tujuannya adalah menjadikan minyak mentah sebagai senjata ekonomi dan mencari jalan untuk meyakinkan kerajaan musuh dalam urusan petrodollar.
Jika gagal, ianya akan membahayakan kantung kewangan Amerika Syarikat. Malahan dikhuatiri mampu memberi peluang untuk Soviet Union memasuki dunia Arab.
Pada mulanya, Simon kelihatan tidak begitu sesuai dengan diplomasi yang begitu lembut. Namun begitu, Simon berjaya meyakinkan Saudi bahawasanya Amerika adalah tempat paling selamat untuk melakukan transaksi petrodollar.
Kerangka asasnya begitu mudah iaitu Amerika Syarikat akan membeli minyak dari Arab Saudi. Sebagai galang gantinya, Amerika Syarikat perlu berikan bantuan ketenteraan kepada Arab Saudi.
Bagi tujuan itu, Arab Saudi perlu mengikat hasil minyak mereka dengan dolar A.S lantas terus menzahirkan petrodollar.
Walau bagaimanapun, ianya tidaklah semudah itu kerana terdapat beberapa rundingan untuk menjayakan rancangan tersebut. Pada akhir rundingan, terdapat satu perkara kecil berlaku apabila Raja Faisal Bin Abdulaziz Al-Saud meminta rancangan ini dirahsiakan.
Rahsia tersebut telah tersimpan dengan sangat lama sehinggalag ke hari ini dan nilai $117 billion menjadikan Saudi sebagai peminjam asing terbesar di Amerika Syarikat.
Namun ada dakwaan yang mengatakan bahawa nilainya masih lagi rendah dan mungkin juga berlipat kali ganda.
Pada April lalu, Saudi memberi amaran akan menjual $750 billion dalam hasil negara A.S jika pihak Kongres meluluskan undang-undang yang memungkinkan Saudi didakwa atas peristiwa 11 September.
Hal itu muncul apabila berlaku desakan daripada kedua-dua calon dari Demokrat dan Republik yang cuba mengaitkan Saudi dengan serangan tersebut.
Arab Saudi yang sebelum ini telah lama menyediakan rawatan kesihatan jangka panjang, subsidi petrol dan kenaikan gaji secara rutin kepada rakyatnya sedang menghadapi krisis fiskal yang teruk.
Perkara ini diburukkan lagi dengan harga minyak sekitar $50 setong yang masih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Dasar saling bergantungan di antara Saudi dan AS akhirnya menunjukkan kesan yang agak negatif. AS bermula dengan langkah kanan apabila mengambil tindakan untuk berbaik-baik dengan Iran.
Walau bagaimanapun, ianya tidak bertahan lama apabila kedua-dua negara masih lagi bertelagah.
Natijahnya, perdagangan melibatkan minyak semakin tidak relevan dari hari ke hari. Situasi ini pasti akan memberi kesan kepada dollar yang bergantung kepada minyak mentah.
Serangan koronavirus dan kesedaran alam sekitar semakin memburukkan keadaan. Oleh itu, Arab Saudi perlu mencari alternatif lain bagi menampung kelopongan pendapatan daripada minyak mentah.