fbpx

Ini Kisah Hartawan Yang Sangat Membumi

0 379

Tahukah anda, terdapat seorang hartawan yang sanggup lepaskan semua hartanya demi ketenangan hidup di dunia, siapakah gerangannya?

 

Sulaiman Al-Rajhi adalah jawapannya, beliau merupakan seorang hartawan yang berasal daripada Arab Saudi.

 

Advertisement

Beliau juga adalah pemilik kepada rangkaian bank Al-Rajhi yang melaksanakan perbankan secara Islam.

Terkini, bank Al-Rajhi telah telah miliki 570 cawangan di seluruh dunia. Manakala terdapat 25 cawangan bank yang telah di buka di Malaysia.

 

Kekayaan Al-Rajhi bukan setakat pada bank sahaja tetapi ada bermacam jenis lagi. Salah satunya adalah, beliau memiliki sebuah ladang kurma yang terletak di daerah Al-Qassim, Arab Saudi.

 

Apa yang paling mengejutkan adalah, ladang kurma ini digunakan sepenuhnya untuk derma dan wakaf.

 

Ladang ini juga merupakan kawasan wakaf terbesar di dunia dimana keuntungannya digunakan untuk membiayai pembinaan masjid seluruh dunia.

 

Bukan itu sahaja, beliau juga telah menghadiahkan sebuah rumah dan kereta kepada guru yang pernah membantu dirinya suatu ketika dahulu.

 

Jasa  yang telah diberikan oleh gurunya lebih bermakna daripada nilai yang telah digantikan oleh beliau.

 

Pada Mei 2011, Sulaiman Al-Rajhi telah menggemparkan dunia apabila beliau bertindak memindahkan sebahagian besar harta kepada anak-anaknya serta badan kebajikan.

 

Dengan bantuan beberapa agensi, pengagihan harta tersebut dibuat dengan begitu jayanya. Hal ini telah membuatkan beliau kembali miskin dan hanya tinggal sehelai sepinggang.

 

Menurut Sulaiman Al-Rajhi, jalan yang dipilih ini telah membuatkan jiwanya menjadi lebih tenang dan gembira. Beliau juga beranggapan bahawasanya dirinya sekadar penjaga bagi keseluruhan harta dan hanya Allah S.W.T pemilik yang kekal.

 

Dalam tempoh perintah berkurung dek wabak koronavirus, beliau telah membelanjakan lebih 60 bilion Riyal dengan mendermakan 170 juta Riyal dan membenarkan hotel miliknya digunapakai oleh pihak kerjaan Arab Saudi.

 

Apa yang menariknya, beliau juga disenarai oleh Forbes sebagai antara manusia yang paling banyak menderma di dunia.

 

Bagi beliau lagi, cuma satu pelaburan sahaja yang berbaloi iaitu pelaburan yang dapat menyelamatkan dirinya di api neraka. Malahan, beliau sendiri tidak meninggalkan apa ketika beliau meninggal dunia.

 

Jadi, sudahkah anda menderma kepada golongan yang sangat memerlukan? Kalau Sulaiman Al-Rahji boleh buat, apa pula alasan anda untuk tidak berbuat demikian?

 

Ingat, harta tidak akan boleh dibawa ke tanah kubur. Oleh itu, gunakanlah harta anda kepada jalan yang lurus dan untuk gembira hati mereka kekurangan makanan.

Source Osman Affandi. (2020, Ogos 18). Sulaiman Al-Rajhi, jutawan yang mendermakan semua hartanya. Iluminasi. Usahawan.com. (n.d). Sulaiman Al-Rajhi: Jutawan Islam yang kaya dunia dan akhirat.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.