fbpx

Ini Kisah Pelawak US Gunakan Strategi Pemasaran Yang Rare

0 516

Jika anda merupakan seorang yang sangat meminati lawak komediri (stand-up comedy), anda pasti mengenali Andrew Schulz.

Beliau merupakan seorang pelawak kelahiran Amerika dan dikenali menerusi rancangan popular seperti Guy Code, Jobs That Don’t Suck serta Sneaky Pete.

Advertisement

Andrew Schulz juga kerap mengadakan rancangan komedirinya bersama Akaash Singh di beberapa platform seperti Soundcloud dan YouTube.

Namun begitu tahukah anda sebelum berada pada tahap ini, Andrew Schulz sangat kurang dikenali. Jadi sebagai langkah pertama beliau telah menghasilkan sebuah filem mengenai dirinya dengan kos sebanyak $25k.

Walau bagaimanapun, ianya kurang mendapat sambutan dan dirinya masih lagi tidak dikenali.

Schulz menyedari bahawasanya dia perlu lakukan sebuah perubahan untuk lebih dikenali. Sejak itu, Schulz mula mengkaji bagaimana manusia menonton sebuah pertunjukan komedi.

Schulz mendapat satu idea untuk meletakkan video mengenai dirinya melakukan komediri di platform YouTube dengan video berdurasi 16 minit.

Bermula dari situ beberapa orang pengguna mula melanggan saluran YouTube dia dan makin bertambah dari hari ke hari.

Cetusan idea ini berjaya lantas Schulz mula menumpukan perhatiaannya terhadap platform tersebut.

Bagi mengembangkan lagi saluran YouTube itu, Schulz mula menghasilkan lawak-lawak baru bagi memberikan kepuasan kepada penonton.

Walau bagaimanapun, lawak baru setiap minggu pasti akan menjadi tidak relevan jika ianya kurang difahami oleh penonton.

Schulz mengambil tindakan dengan melakukan banyak lawak-lawak parodi ditambah dengan kandungan baru pada setiap minggu. Salah satunya adalah lawak parodi mengenai Joe Biden yang dilakukan oleh dirinya sendiri

Pada 2018/19, Schulz telah memuat naik 125 video siaran langsung di YouTube. Hasilnya adalah langganan di saluran Schulz meningkat daripada 140k kepada 840k dalam masa dua tahun.

Boleh bayangkan berapa pendapatan yang akan diperolehi Schulz melalui saluran YouTube itu.

Cara yang Schulz gunakan mudah sahaja, gunakan video pendek yang dipetik daripada saluran Youtube dia dan disebarkan kepada umum.

Bayangkan anda lihat sebuah video lawak berdurasi 1 minit dan ianya sangat kelakar lantas memaksa anda terus melakukan carian di YouTube untuk melihat aksi penuh.

Taktik itulah yang membuatkan Schulz semakin dikenali dan boleh menjana pendapatan melalui platform YouTube.

Apa yang lebih menarik lagi, Schulz berjaya menyesuaikan lawaknya dengan pelbagai platform media sosial. Salah satunya adalah instagram dimana Schulz membuat lawak secara bermonolog.

Melalui instagram, Schulz memuatnaik 17 monolog dan 17 minggu dengan purata 2 juta tontonan bagi setiap video. Ianya telah membuat Schulz sangat dikenali serta berupaya melakukan lawak dalam pelbagai jenis cara.

Natijahnya, apa yang dilakukan oleh Schulz bukan benda baru cuma dia berjaya menggunakan kemahiran dan teknologi untuk lebih dikenali.

Teknik yang digunakan oleh Schulz mungkin oleh diamalkan oleh entiti perniagaan diluar sana terutamanya PKS bagi memastikan ianya terus relevan.

Apa yang penting, terus mencuba walaupun dengan kaedah baru sehingga mampu mendapat momentum ke langkah seterusnya. Jika gagal, teruskan lagi mencuba sehingga berjaya.

Source Marketing Example. (n.d). The marketing genius of Andrew Schulz.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.