fbpx

Inovasi Estonia Dalam Mendepani Covid-19

0 239

Pandemik Covid-19 memaksa banyak negara mengubah pendekatan mereka dalam mendepani krisis kesihatan itu.

 

Bagi satu negara, ia merupakan peluang terbaik untuk berinovasi bersesuaian dengan status mereka sebagai sebuah negara yang celik siber. Negara yang dimaksudkan itu adalah Estonia.

 

Advertisement

Pada Mac tahun ini, kerajaan Estonia pimpinan Presiden Kersti Kaljulaid mengadakan satu pertandingan inovasi selama tiga hari membabitkan 1,000 program atau cadangan yang dilihat dapat membantu Tallinn mendepani krisis pandemik Covid-19.

Kredit: Trade With Estonia

Peraduan ini dilancarkan beberapa jam selepas Estonia mengisytiharkan perintah berkurung dan menutup pintu sempadannya.

 

Peraduan ini menarik perhatian ramai menyaksikan penyertaan dari lebih 20 negara dan merentasi 14 zon masa. Sebagai syarat penyertaan, peserta harus menunjukkan impak inovasi mereka terhadap pandemik Covid-19, berupaya diuji dalam tempoh 48 jam dan boleh memberi kelebihan kepada Tallinn dalam dunia pasca-Covid-19.

 

Lima inovasi terbaik bakal mendapat geran permulaan sebanyak 5,000 Euro (RM24,892) bagi membolehkan pencipta mereka membawa idea tersebut ke peringkat seterusnya. Ada yang sudah memasuki peringkat pembuatan.

 

Lima inovasi yang menjadi pilihan Tallinn ialah:

 

  1. Aplikasi yang menghubungkan kelompok berisiko yang mengasingkan diri dengan sukarelawan yang sedia membantu mereka.

 

  1. Mesin pernafasan yang memanfaatkan beg udara piawai hospital tetapi proses tekanan beg dibuat secara automasi menggunakan alat ganti mesin yang mudah didapati dan bekalan gas termampat hospital.

 

  1. Pangkalan data interaktif sukarelawan perubatan yang membolehkan doktor-doktor mendapatkan bantuan yang diperlukan semasa krisis.

 

  1. Aplikasi yang membenarkan syarikat-syarikat berkongsi pekerja daripada memberhentikan mereka semasa pandemik.

 

  1. Aplikasi pengawasan kesihatan yang boleh digunakan untuk memantau penularan wabak. Selain membantu pengguna mengenalpasti simptom, ia turut memberitahu pengguna lokasi-lokasi panas wabak. Selain di Estonia, aplikasi sama ini turut digunakan di Australia.

 

Bagi Kaljulaid, pertandingan tersebut melambangkan semangat orang Estonia yang kekal tenang semasa krisis dan segera menangani masalah yang wujud. “Inilah contoh sebenar inisiatif yang membenarkan rakyat mencari solusi kepada cabaran yang dihadapi,” ujarnya.

 

Estonia merupakan negara yang ke hadapan dari segi aplikasi digital. Hampir semua perkhidmatan kerajaan dibuat secara dalam talian dan lebih sepertiga warganya menggunakan identiti digital untuk mengakses perkhidmatan kerajaan.

 

Estonia juga merupakan pangkalan lebih 1,000 syarikat baru dan empat syarikat baru teknologinya kini mencecah lebih AS$1 bilion. Pada pilihan raya parlimen 2019, 43.8% pengundi memilih mengundi secara dalam talian.

Source Broom, Douglas. (2020). This country came up with 5 novel ideas to tackle the pandemic. World Economic Forum.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.