fbpx

Internet Perlahan Menjejaskan Keupayaan Persaingan Negara

0 152

“Kenapa perlahan ni, woi?! Aku nak naikkan gambar ke Facebook dah tak boleh!”

“Payahlah line asyik slow. Tak dapat aku guna Zoom hari ini nak jumpa klien.”

“Line takde satu hal. Tapi nak dapat line nak kena panjat pokok?! Kau biar betul!”

Bila baca dialog sebegini, mungkin pada sesetengah orang ia agak kelakar. Yalah, isu ketiadaan sambungan internet dihadapi semua orang memandangkan internet kini digunakan dalam banyak perkara.

 

Advertisement

Tanpa internet, sesetengah kerja bukan saja perlu ditangguh tetapi merencatkan perjalanan projek yang dirancang.

 

Dalam konteks negara, jika isu ini tidak ditangani dengan segera, ia boleh menjejaskan keupayaan Malaysia bersaing secara kompetitif dengan negara-negara serantau dalam menarik peluang pelaburan baru.

Kredit: The Asean Post

Mana tidaknya, dari segi kelajuan data mudah alih, Malaysia berada di kedudukan enam di rantau ASEAN dan ke-83 dari segi kedudukan dunia oleh Indeks Global Speedtest.

 

Ya, kita memang berada di kedudukan ketiga di belakang Singapura dan Thailand dari segi kelajuan jalur lebar.

 

Namun bagi pengarah eksekutif Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia, Shaun Edward Cheah, kadar kelajuan jalur lebar negara jauh ketinggalan berbanding kedua-duanya yang mempunyai jalur lebar yang terpantas di dunia, satu fakta yang patut memalukan entiti-entiti telco negara.

 

Isu ini berlaku berikutan kekurangan bilangan pot sekaligus mengakibatkan maklumat perlu disimpan sebagai sandaran. Ianya boleh menyebabkan penangguhan kerja lebih-lebih lagi sekiranya terlalu ramai orang menggunakan sistem sama.

 

Bagi Richard Record, ketua pakar ekonomi Kumpulan Bank Dunia, kekurangan akses kepada internet berkualiti tinggi bakal merugikan Malaysia.

 

Jika perkara ini berterusan, agak sukar untuk negara merealisasikan potensi negara dalam pelbagai perkara seperti e-dagang, automasi dan kecerdasan buatan (AI).

 

Tambah Record lagi, hari ini kesalinghubungan yang baik semakin kritikal kepada entiti-entiti perniagaan.

 

Aspek ini membolehkan pelbagai aspek perniagaan seperti pengurusan pekerja, pengaturan strategi dan analisis dapat dilakukan dengan pantas.

 

“Dengan dunia semakin berkembang dan lebih fokus kepada digital, kekurangan sebegini boleh menjejaskan keupayaan entiti-entiti dan negara untuk bersaing,” ujarnya.

 

Bagi Felo Kesatuan Profesional Keselamatan dan Tindak Balas Keganasan Antarabangsa, SL Rajesh melihat kesalinghubungan yang teruk boleh mengakibatkan infrastruktur internet negara terdedah kepada bahaya.

 

“Dalam proses mengautomatikkan perisian, anda perlukan perkhidmatan internet yang kuat bagi membolehkan AI berfungsi. Kalau internet perlahan, semua proses yang digunakan syarikat juga akan jadi perlahan,” ujarnya.

 

Ketiga-tiga pakar ini bersetuju infrastruktur fiber negara sedia ada perlu ditambahbaik termasuk meningkatkan kelajuan internet di bandar dan meluaskan akses kabel internet ke kawasan luar bandar.

 

Cheah menambah WiFi yang digunakan di rumah dianggap lapuk selepas perlaksanaan 5G kerana ia lebih laju berbanding jalur lebar biasa dan menawarkan pelan alternatif sekiranya penambahan kabel atau perluasan pot tidak dapat dilaksanakan.

 

Beliau turut melihat pembinaan menara-menara selular 5G hanya memberi sedikit kesan berbanding pembinaan menara selular sedia ada.

 

Ini kerana berikutan status projek yang kecil, ia tidak memerlukan pemasangan kabel dan masa kelulusan juga dijangka lebih pantas.

Source Ariff, Imran. (2020). Slow and ’embarrassing’ broadband hurts growth, says business group. Free Malaysia Today.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.