fbpx

Iskandar Malaysia: Metropolis Setaraf Dengan Greater Klang

0 3,168

Lembah Klang ataupun The Greater Klang boleh digelar sebagai metropolis yang sedang membangun dengan pesat. Pembinaan Bandar Malaysia, MRT2 dan LRT3 menunjukkan tahap kesiapsiagaan Lembah Klang menuju kepada metropolis bercita-cita tinggi.

 

Tahukah anda, jauh di selatan tanah air terdapat metropolis yang sedang dibangunkan untuk menyaingi Lembah Klang. Metropolis tersebut adalah Wilayah Pembangunan Iskandar atau lebih dikenali sebagai Iskandar Malaysia.

 

Advertisement

Iskandar Malaysia telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2006 sebagai koridor utama pembangunan ekonomi. Kawasan pembangunan ini merangkumi wilayah seluas 4,749 kilometer persegi iaitu hampir enam kali ganda saiz negara Singapura.

Kredit: Imiverstors

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah menetapkan lima jenis pembangunan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan salah satunya adalah Iskandar Malaysia.

 

Kawasan tersebut dibangunkan adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan, membawa masuk pelaburan dan membantu ekonomi tempatan di Johor.

 

Memandangkan Singapura semakin menuju kehadapan, mahu tidak mahu Johor harus mengikuti langkah yang sama.

 

Perancangan awal pembangunan Iskandar Malaysia meliputi 2,217 kilometer persegi. Ianya merangkumi kawasan Johor Bahru dan daerah-daerah sekitarnya. Dalam rancangan ini, Iskandar Malaysia dibahagikan kepada lima zon pembangunan.

 

Iskandar Malaysia –Development Zones
 

Zone A

 

JB City Centre

·         JB Central Business District

·         JB Conservation & Heritage Zone

·         Danga Bay

 

Zone B

 

Nusajaya

·         Kota Iskandar

·         EduCity

·         Medini

 

Zone C

 

Western Gate Development

·         Tanjung Pelepas Port

·         Free Trade Zone

·         RAMSAR World Heritage Park

 

Zone D

 

Eastern Gate Development

·         Tanjung Langsat Industrial Park

·         Pasir Gudang Port

·         Tanjung Langsat Port

Zone ESenai-Skudai·         Senai Airport City

 

Ianya diwujudkan bagi membawa masuk pelaburan lebih kurang RM383 bilion ke dalam wilayah Iskandar Malaysia. Hal ini membolehkan unjuran KDNK meningkat sebanyak 8 peratus setahun dengan nilai RM129,000 menjelang tahun 2025.

 

Inisiatif ini dirancang bagi mengwujudkan lebihh 1.5 juta peluang pekerjaan untuk populasi Iskandar Malaysia yang semakin meningkat saban hari.

 

Pada hari ini iaitu selepas 14 tahun Iskandar Malaysia dilancarkan, wilayah ini berjaya menarik pelaburan yang besar masuk ke negeri Johor.

 

Pelaburan tersebut telah banyak membangunkan kawasan di area-area utama terutamanya Johor Bahru. Sebagai contoh seperti Angry Bird Activity Park di Zone A, Educity di Zon B, Forest City di Zon C, Tangjung Langsat di Zon D dan MSC Malaysia Cyberport City di Zon E.

 

Antara tahun 2016 sehingga 2018, jumlah pelaburan terkumpul adalah berjumlah lebih daripada RM285 bilion.

 

Jika semua ini berterusan, Iskandar Malaysia dijangka mampu berdiri sama tinggi dengan Lembah Klang. Pembinaan HSR dan RTS di wilayah Iskandar Malaysia juga akan membangun meningkatkan ekonomi di kawasan ini.

 

Mana tahun nanti di masa depan, MRT dan LRT akan melingkari kawasan dan wilayah Iskandar Malaysia.

Source Property Guru. (2019, Julai 1). What Is Iskandar Malaysia All About?
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.