fbpx

Jalen: Dominasi Dalam Pasaran Produk Kicap

0 588

Kicap berjenama Jalen sangat sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia pada hari ini. Malahan produk ini telah dipadankan dengan pelbagai jenis masakan terutamanya apabila dimakan bersama telur, ikan bilis dan nasi putih panas.

 

Jadi bagaimanakah Jalen bermula dan sebelum kehadiran produk itu, kita sangat sukar untuk mendapatkan produk kicap buatan bumiputera.

 

Advertisement

Pada masa itu, kita terpaksa gunakan produk bukan bumiputera tetapi ianya bukanlah isu besar lagi mana logo halal JAKIM tersergam indah di barangan.

Semuanya bermula pada November 1981 iaitu tarikh penubuhan Jalil Enterprise. Kegiatan utama syarikat ini hanyalah sekadar membekalkan kicap berjenama Habhal secara kontrak.

 

Apabila kontrak sudah tamat pada November, timbul kesedaran dan keinginan untuk menghasilkan produk berjenama sendiri berdasarkan pengalaman menguruskan kicap jenama lain.

 

Lantaran daripada itu Datuk Abd Jalil Long iaitu pemilik Jalil Enterprise telah mengagaskan Jalen Sdn Bhd dengan matlamat utamanya untuk membekal kicap berjenama Jalen kepada pengguna.

 

Sejak daripada itu, kicap berjenama Jalen sudah mula menambat hati pengguna secara perlahan-lahan. Saingan yang begitu kurang dan keyakinan kepada produk buatan muslim bumiputera semakin menghangatkan pasaran.

 

Memandangkan penerimaan dan sambutan yang begitu hebat daripada pengguna, pemilik Jalen tidak menoleh kebelakang apabila cuba mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuat pelaburan sehingga jutaan ringgit.

 

Hal ini membolehkan kilang milik Jalen menggunakan alatan berteknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pengguna yang begitu mendadak. Secara tidak langsung, Jalen berjaya membekalkan produk berasaskan kicap tanpa limit dan stok sentiasa mencukupi untuk para pengguna.

 

Dengan itu, syarikat ini mula mengeluarkan pelbagai produk dan tidak statik kepada kicap semata-mata.

 

Pada hari ini syarikat itu beroperasi  di Jalan Kempas Lama, Kampung Sinaran Baru, Skudai dengan mengeluar produk-produk lain seperti sos cili, kicap manis, sos tomato, cuka buatan, taucu masin dan kordial.

 

Kita boleh lihat sekarang produk keluaran Jalen berada di mana-mana sahaja bahkan menjadi pilihan utama kepada rakyat Malaysia untuk menyedapkan makanan.

 

Hal ini telah membuatkan sebahagian rakyat Malaysia kurang mengenali kicap jenama lain kerana Jalen seolah-olah sudah sebati dengan jiwa. Jadi kepada pembaca semua, bayangkan kalau Jalen tiada, pasti makan pun tak lalu.

Source Syahril A.Kadir. (2020, Februari 18). Usahawan terkenal, pengasas kicap Jalen meninggal dunia. Malaysia Gazette.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.