fbpx

Jenis – Jenis Takaful Anda Perlu Tahu

0 211

Secara asasnya takaful boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu takaful am dan takaful keluarga. Anda boleh lihat jenis-jenis takaful dalam rajah di bawah.

jenis takaful

Advertisement

Rasanya, kita semua sudah sedia maklum dengan takaful am melalui takaful motor yang wajib diambil setiap tahun. (Jika anda ingin membuat perbandingan takaful motor, boleh ke laman web seperti bjak.my, beli online lebih murah berbanding offline) Produk takaful am ini lebih straightforward dan mudah difahami berbanding produk di bawah kategori takaful keluarga.

Contoh takaful am adalah: 

i) Takaful rumah: Melindungi daripada kerugian akibat banjir, kebakaran, kerugian atau kerosakan barangan dalam rumah

ii) Takaful motor: Melindungi daripada menanggung kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan pada kenderaan anda dan kecederaan, kematian, kerosakan atau kerugian pihak ketiga.

iii) Takaful kemalangan diri: Menyediakan pampasan sekiranya bermatian, hilang upaya atau kecederaan disebabkan oleh kemalangan dan pelan perlindungan jangka masa pendek seperti pergi ke luar negara.

 

Dua produk yang biasa diambil dibawah kategori takaful keluarga adalah takaful hayat dan takaful perubatan & kesihatan.

 

Takaful Hayat

Takaful keluarga menawarkan faedah takaful hayat. Faedah takaful hayat akan diberikan dalam bentuk pampasan (sejumlah wang berdasarkan nilai caruman) kepada waris sekiranya pencarum meninggal dunia atau hilang upaya kekal (lumpuh).

Kita boleh menetapkan berapakah jumlah pampasan yang dimahukan bersesuaian dengan keperluan kita. Perkara ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab seterusnya.

Boleh baca tips-tips memilih takaful hayat di bawah:

i) Langkah-Langkah Memilih Takaful Income Protection

ii)  Cara Kira Takaful Penyakit Kritikal Yang Berpatutan

 

Takaful Perubatan & Kesihatan

Ia lebih dikenali sebagai medical card dalam kalangan umum. Takaful perubatan akan menampung kos-kos berkaitan rawatan kesihatan yang semakin hari semakin meningkat seperti kos pembedahan. Mungkin ramai yang tidak tahu, walaupun kita boleh mendapatkan rawatan yang murah di hospital kerajaan, sejumlah wang tetap diperlukan untuk menampung kos rawatan. Misalnya kos rawatan ACL (biasanya pemain bola sepak atau futsal) adalah sekitar RM10,000-RM12,000 di hospital kerajaan.

 

Bacaan berkaitan: 3 Perkara Utama Dalam Perbandingan Kad Perubatanbanner takaful

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.