fbpx

Jepun Tampung Kos IVF Untuk Bendung Krisis Demografi

0 368

Bagi mana-mana negara, memang tak boleh mengelak isu demografi terutama membabitkan golongan warga emas dan penurunan kadar kelahiran.

Isu sebegini memaksa negara mencari kaedah inovatif dan holistik bagi memastikan perkara ini tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Advertisement

Namun bagi Jepun, isu ini menjadi kebimbangan ramai Perdana Menteri mereka termasuk pengganti Shinzo Abe, Yoshihide Suga.

Kredit: Berita Harian

Justeru, tidak hairanlah beberapa minggu lepas Suga meluluskan usul meliputi kos persenyawaan in vitro (IVF) dengan insuran kesihatan memandangkan kos rawatan tersebut sangat mahal.

Begitupun, ramai pakar menganggap langkah sebegitu bukan solusi tepat kepada isu penurunan kadar kelahiran bayi di Jepun.

Dalam satu kenyataan, Suga berkata, “Untuk menyokong isi rumah yang mahu mendapatkan anak, kami akan menjadikan rawatan kesuburan mendapat perlindungan insuran.”

Masalah kesuburan tidak dianggap sebagai penyakit di Jepun dan bagi mana-mana pasangan suami isteri, mereka harus mendapatkannya di hospital-hospital swasta.

Oleh sebab itu, mereka membelanjakan jutaan yen bagi mendapatkan kitaran sesi ujian IVF. Dengan perlindungan insuran kesihatan, 30% daripada kos rawatan akan ditampung oleh syarikat insuran.

Sebenarnya, sudah banyak inisiatif dikeluarkan kerajaan bagi menangani isu penurunan kelahiran bayi Jepun.

Malangnya, statistik kelahiran bayi masih kekal rendah dengan angka di bawah sejuta bayi direkodkan pada tahun 2016 dan 865,000 kelahiran direkodkan pada 2019. Dijangkakan pada tahun 2020, angka kelahiran bayi dijangka lebih rendah.

Bagi memastikan populasi Jepun kekal stabil, purata kadar kelahiran mestilah pada 2.1 dan bukan pada 1.36 yang direkodkan pada tahun lepas.

Sekiranya purata kelahiran terus mencatatkan penurunan, Negara Matahari Terbit itu bakal menyaksikan populasi mereka berada di bawah paras 100 juta orang pada tahun 2053 dan 88 juta orang pada tahun 2065.

Menerusi ramalan statistik yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Populasi dan Keselamatan Sosial Kebangsaan, Jepun juga bakal menyaksikan 38% populasinya pada ketika itu merupakan warga emas.

Baca juga: Ini Adalah Sebab Mengapa Syarikat Jepun Bertahan Lebih Seabad

Baca juga: Falsafah Kaizen, Penggerak Kebangkitan Ekonomi Jepun

Namun begitu, bagi Profesor Osamu Ishihara dari Universiti Perubatan Saitama, walaupun pelan tersebut disambut baik, solusi tersebut dijangka masih tidak boleh menyelesaikan isu demografi penduduk.

Hal ini demikian kerana perkara sama pernah dilakukan Korea Selatan pada tahun 2017 tetapi masih gagal menyelesaikan masalah kadar kelahiran bayi yang rendah di sana.

Justeru, Ishihara menambah perubahan budaya Jepun yang signifikan perlu dibuat termasuk menangani isu ketidakadilan kesihatan jantina.

“Meliputi rawatan kesuburan dengan insuran kesihatan akan membantu sedikit tetapi itu masih tidak cukup meningkatkan kadar kelahiran. Rawatan untuk lelaki cepat diperkenalkan tetapi wanita berdepan kekurangan besar. Di United Kingdom, wanita boleh mendapat rawatan kesihatan pembiakan secara percuma tetapi di Jepun, mereka perlu membayar semuanya,” ujarnya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.