fbpx

Kaedah-Kaedah Bon Diterbitkan

0 131

Berikut adalah beberapa cara bon diterbitkan :

 

1. Lelongan (Auction)

Advertisement

Kaedah ini adalah kaedah paling biasa digunakan bagi penerbitan bon-bon kerajaan. Kerajaan akan lelong bon kepada pelabur. Ia ibarat lelongan barang yang biasa anda lihat dalam filem atau di depan mata anda, siapa yang menawarkan harga tertinggi maka dia akan dapat barang tersebut. Begitu juga dengan bon. Kalau pelabur nak dapatkan bon tersebut, pelabur perlu tawarkan harga yang tertinggi.

 

Bagi yang belum faham apa itu bon, boleh baca artikel ini terlebih dahulu: Sekilas Pandang Mengenai Bon dan Sukuk

bon info
Bond Info Hub: Laman rasmi bagi pasaran bon di Malaysia

Apa kelebihan jika bon diterbitkan melalui kaedah ini? Bon dapat dijual pada harga tertinggi berdasarkan harga pasaran.

 

Apa kekuranggannya pula? Ada kemungkinan lelongan tidak mendapat sambutan dan pihak yang menerbitkan bon tidak mendapat jumlah penuh yang dimahukan, misalnya dia mahu mendapatkan dana RM3 juta melalui bon, tapi disebabkan lelongan tidak berapa mendapat sambutan, hanya RM2 juta sahaja daripada bon tersebut dibeli oleh pelabur.

 

2. Private placement

Pihak yang ingin menerbitkan bon akan berurusan terus dengan pihak (pelabur) yang berminat dengan bon tersebut. Kebiasaannya pihak tersebut adalah bank, syarikat pengurusan aset dan pelabur asing.

 

Apa kelebihan jika bon diterbitkan melalui kaedah ini? Penerbit akan dapat jumlah penuh yang mereka mahu.

 

Apa pula kekurangannya? Bila berurusan scara terus, kebiasaannya terma tidak 100% menyebelahi pihak yang menerbitkan bon. Lagi satu susah untuk dibatalkan walaupun bon belum diterbitkan kerana isu kredibiliti.

 

3. Book Builder

Lead arranger akan mencari pelabur yang berminat untuk membeli bon. Pelabur akan “tulis dalam buku” jumlah yang dimahukan berserta dengan kadar kupon (coupon rate). Seterusnya lead arranger akan memadankan kriteria pelabur dengan bon korporat yang ada.

 

Apa kelebihannya? Penerbit tidak perlu mengikut terma pelabur dan pelabur juga tidak perlu mengikut terma ditetapkan penerbit. Lead arranger yang akan memadankan terma pelabur dan penerbit, fi lead arranger pula tidaklah terlalu tinggi.

 

Kekurangannya? Kalau dah masuk proses book builder, susah untuk dibatalkan sebab besar kemungkinan pelabur dah kunci nilai pelaburan. (Hal ini melibatkan kredibiliti)

 

4. Penaja Jamin (Underwriter)

Melalui kaedah ini bon akan dijual kepada underwriter sepenuhnya. Kebiasaannya underwriter ini adalah bank. Bank beli bon pada harga diskaun dan bank akan jual semula kepada pelabur. Terpulang kepada pihak bank untuk menjual bagaimana dan berapa harga jualan bon tersebut.

 

Apa kelebihannya? Pihak yang menerbitkan bon akan dapat jual kesemua bon yang ingin diterbitkan dan bon terjual dalam masa singkat.

 

Apa kekurangannya? Penerbit terpaksa menjual pada harga diskaun.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.