fbpx

[Kalkulator] 2 Fungsi Mudah Untuk Jejak Impian Kewangan Anda

0 76

Orang yang ada impian tidak guna jika tiada objektif. Dan orang yang ada objektif kebanyakannya adalah orang yang berdisiplin.

Manakala orang yang berdisiplin ni pula jenis teliti dan terperinci. Semuanya kena ada fakta dan nombor yang perlu dijadikan panduan.

Advertisement

Begitulah halnya dalam buat perancangan untuk mencapai kewangan anda. Berikut 2 fungsi mudah yang boleh anda praktikkan untuk buat perancangan anda.

 

Compounding Interest

Keuntungan berganda atau compounding interest adalah lebih kepada untuk menjangka keuntungan pada masa akan datang. Berbeza dengan fungsi kedua yang akan dikupas nanti.

Contohnya, anda nak simpan dalam instrumen yang beri pulangan 5% setahun, berapa pelaburan anda akan berganda setelah 20 tahun? Disebabkan anda nak tahu hasil pada masa akan datang, maka fungsi ni sesuai untuk anda.

Caranya mudah sahaja.

Anda boleh gunakan aplikasi Financial Calculator atau ke laman portalnya.

 

  1. Principal amount = jumlah permulaan / modal
  2. Monthly deposit = jumlah simpanan bulanan
  3. Period = tempoh
  4. Annual Interest Rate (%) = peratusan pulangan
  5. Compounding = tempoh pulangan (biasanya pulangan diperoleh secara tahunan)

Kita ambil satu situasi.

Ahmad ada RM5,000 untuk disimpan/labur dalam instrumen yang beri pulangan secara purata 5 peratus setiap tahun. Dia bercadang nak simpan selama 20 tahun dengan tambahan RM100 setiap bulan, berapa nilai simpanannya pada masa akan datang?

Dah macam soalan matematik. Kita pun ambil financial calculator, tup tup, dapatlah jawapan seperti berikut.

Maturity value atau nilai matang adalah campuran antara keuntungan dan modal awal+bulanan. Jumlah semuanya adalah RM54,012.

Tapi, ahmad nak ada RM500,000 selepas 20 tahun tu. Macam mana nak buat?

Bila kita ada nilai akhir, kenalah buat reverse engineering sikit. Bahagian ini yang memerlukan fungsi kedua yang diterangkan dibawah ni.

 

Time Value Money (TVM)

Berbeza dengan fungsi pertama dimana kita kira secara kehadapan, fungsi TVM ni pula kita kira secara kebelakang. Kalau anda dah faham gunakan TVM, anda juga boleh buat kiraan secara kehadapan menggunakan TVM.

 

  1. Present Value (PV) = nilai awal
  2. Payments = nilai tambahan dalam setahun
  3. Future Value (FV) = nilai akhir
  4. Annual Rate (%) = peratus pulangan
  5. Periods = tempoh pelaburan
  6. Compounding = kaedah pulangan diberi

 

Berbalik pada situasi Ahmad yang mahukan RM500,000 selepas 20 tahun dengan modal permulaan RM5,000 , berapa pula yang perlu dia simpan setiap bulan?

Ada sedikit perbezaan berbanding fungsi pertama tadi iaitu :

  1. Present value : diletakkan ‘-‘ diawalnya tanda duit keluar
  2. Payments : dikira secara tahunan, bukan bulanan
  3. Periods : tahunan, bukan bulanan

Tup,tup, tekan butang PMT, dapatlah seperti berikut :

Nilai tambahan yang perlu disimpan setiap tahun adalah RM14,720 bersamaan RM1,226 sebulan.

Tapi….

Ahmad tak mampu nak simpan banyak tu untuk setiap bulan. Paling maksima dia boleh simpan pun dalam RM500.

Dalam kes sebegini, matlamat akhir masih boleh dicapai dengan kita ubah pada modal awal tu. Jadi, berapa modal diperlukan dengan simpanan RM500 setiap bulan.

RM500 kali 12 = RM6,000 setahun. Kosongkan bahagian present value yang hendak dicari, kemudian tekan butang PV. Tup,tup, dapatlah seperti berikut :

Ahmad kena ada modal sebanyak RM113,671 untuk capai matlamatnya dengan simpanan RM500 sebulan. Ahmad pun tersenyum, sebab rupa-rupanya dia ada simpanan lebih kurang banyak tu dalam Tabung Haji.

Begitulah ceritanya.

Bila dah faham penggunaannya, anda boleh buat kiraan simpanan bulanan yang diperlukan. Matlamat yang besar tetap boleh dicapai jika kita pecahkan menjadi kecil.

Ini hanya kiraan kasar sahaja, untuk dapatkan nasihat lebih terperinci, pastikan anda jumpa dengan perunding kewangan yang berlesen. Mereka lebih arif dalam hal ini.

Selamat mencuba.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.