fbpx

Kamus Oxford Pernah Hampir Disaman McDonald’s

0 748

Masa zaman sekolah dulu, kamus oxford memang cukup berjasa kepada kita untuk mencari maksud beberapa perkataan yang difahami.

Peliknya, buku yang penuh jasa ini pernah disaman oleh McDonald’s. Katanya kamus oxford sedang mempersendakan mereka. Jadi bagaimana cerita ini bermula?

Advertisement

Pada tahun 2001, kamus oxford telah memasukkan perkataan McJob yang bermaksud an unstimulating, low-paid job with few prospects, esp. one created by the expansion of the service sector.

Dalam bahasa Melayu pula bermaksud lebih kurang pekerja kurang mahir, bergaji rendah tanpa banyak potensi yang dicipta untuk kegunaan sektor perkhidmatan.

Senang cerita maksud daripada perkataan McJob ini merujuk kepada pekerjaan-pekerjaan yang dikhususkan kepada pelajar lepasan SPM. Sebagai contoh seperti juruwang, operator pengeluaran dan lain-lain.

Jadi apa yang buat Mcdonald’s mengamuk sakan sampai nak saman kamus oxford? Jawapannya adalah pangkal huruf “Mc”. Ditambah lagi dengan maksud perkataan McJob merujuk pekerjaan di Mcdonald’s yang kelihatan negatif.

Walau bagaimanapun, perkataan tersebut tidaklah merujuk kepada Mcdonald’s secara langsung. McJob telah wujud di dalam kamus oxford sejak tahun 1986 dan hanya popular menuju 1991 melalui novel Generation X.

Perkara ini ternyata tidak mampu bikin Mcdonald’s bertenang seketika kerana mereka beranggapan maksud McJob itu masih membawa unsur negatif.

Oleh sebab itu Mcdonald meminta kamus oxford untuk memadamkan perkataan tersebut dengan alasan ia seseolah telah menghina kesemua pekerja mereka di seluruh dunia.

Desakan itu tidak berjaya kerana kamus oxford tidak melayan sikap budak-budak tersebut. Mcdonald’s terpaksa menerima hakikat bahawa perkataan tersebut akan kekal dalam kamus oxford dan mereka inginkan satu permintaan.

Mcdonald’s telah meminta kepada kamus oxford untuk menukar maksud McJob kepada frasa yang lebih positif. Antaranya adalah seperti pekerja berprestasi tinggi, miliki banyak potensi yang boleh membantu perniagaan menjadi maju.

Seperti biasa, kamus oxford masih tetap dengan pendirian mereka dan cadangan Mcdonald’s telah ditolak mentah-mentah.

Apa yang Mcdonald’s buat untuk menghapuskan McJob?

Mcdonald’s telah mengambil pangkal Mc untuk diletak dibeberapa perkataan seperti McWords, McFlexible, McDiscounts dan McProspects di dalam iklan. Tujuannya cuma satu sahaja iaitu untuk melawan aura negatif yang ditimbulkan oleh McJob.

Cara ini berjaya sehingga mampu menaikkan kembali jualan Mcdonald’s berkali ganda. Paling penting, segala persepsi negatif mengenai McDonald’s dapat dibuang jauh-jauh.

Bahkan untuk membuang terus perkataan itu daripada kamus Mcdonald’s, mereka menyatakan bahawa separuh daripada orang atasan mereka hanya bermula di restoran sahaja. Maka Not bad for a McJob.

Kesimpulannya, terkadang perkara negatif tentang sesebuah syarikat itu datang tanpa sengaja seperti mana Mcdonald’s. Di sini kita akan menilai tindakan syarikat untuk menghadapi perkara seumpama ini. Sama ada bertindak seperti budak-budak ataupun menjadi bijak sehingga ke perkara negatif itu terus dilupakan.

RUJUKAN:

Jones, M. (2020, Januari 30). McDonald’s almost sued the dictionary—Here’s why it didn’t. Reader Digest. Dipetik daripada https://www.rd.com/article/mcdonalds-almost-sued-dictionary

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.