fbpx

Ke Mana Hala Tuju Amazon?

0 244

Andy Jassy secara rasmi akan menjadi CEO Amazon. Andy telah pun bersama-sama dengan Jeff Bezos selama 20 tahun di Amazon.

andy jassy
Andy Jassy. Kredit: Business Insider

Advertisement

KIta tahu AMAZON merupakan adalah syarikat teknologi gergasi yang merupakan perintis dunia e-dagang, tetapi ada banyak lagi segmen perniagaan dalam Amazon.

Amazon juga memulakan idea baru dalam laman sesawang e-dagang mereka seperti customer reviews, 1-Click, personalized recommendations, Prime’s insanely-fast shipping, Just Walk Out shopping, the Climate Pledge, Kindle, Alexa, marketplace, infrastructure cloud computing, Career Choice, dan banyak lagi idea-idea yang bernas.

Kita boleh kategorikan Amazon sebagai salah satu daripada syarikat disruptive innovation company. Bezos di bawah kepimpinan beliau, sangat menekankan penerokaan dan penciptaan idea baru dan menormalisasikan ciptaan itu sebagai kebiasaan untuk manusia.

“Invention is the root of our (AMAZON) success. We’ve done crazy things together, and then made them normal.” – Jeff Bezos

Pasaran modal (market capitalization) Amazon telah mencecah USD1 trillion pada tahun 2019. Dan pada hari ini, pasaran modal Amazon bernilai USD1.66 trillion.

Selepas Jeff turun dari takhta CEO, beliau akan diganti oleh Andy Jassy yang mengepalai perniagaan Amazon Web Services (AWS). Dia dikenali dalam industri sebagai Cloud Titan. Perlantikan Andy adalah masa yang tepat dimana di bawah kepimpinan beliau, AWS menguasai pasasan teknologi awan dalam 45% berbanding dengan pesaing rapat Microsoft (18%) dan Google (5%).

Perlantikan Andy adalah langkah Amazon untuk mengukuhkan kedudukan dan melebarkan sayap mereka dalam dunia teknologi awan.

Dalam keadaan sekarang, saham Amazon adalah tidak patuh shariah.

Saham Amazon tidak shariah kerana ada satu segmen perniagaan mereka tidak patuh shariah iaitu langganan video atas talian yang menyumbang lebih dari 7% kepada perolehan Amazon. Penanda aras ialah tidak melebihi 5%.

Kalau awan AWS terus meningkat besar perolehannya dan mengecilkan pendapatan perkhidmatan langganan atas lain, kita boleh pertimbangkan Amazon untuk portfolio jangka masa panjang.

Bacaan berkaitan: Kisah Amazon Yang Bermula Daripada Pembaca Buku

Bacaan berkaitan: Cara Mudah Jeff Bezos Guna Untuk Atasi Pemikiran Toksik Dalam Organisasi

Artikel ini ditulis oleh Zayed Zulkifli

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.