fbpx

Kelangsungan Ekonomi UAE

0 335

Emiriyah Arab Bersatu merupakan sebuah negara yang terdiri daripada tujuh pecahan pentadbiran. Paling kerap disebut dunia ialah Abu Dhabi, Dubai dan Sharjah. Setiap pecahan ini mempunyai pendekatan ekonomi tersendiri.

 

Sama seperti negara-negara Arab lain, UAE juga terlalu dimanjakan dengan sumber alam. Minyak mentah dan gas asli memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara.

 

Advertisement

Namun begitu, Dubai pula berjaya mempelbagaikan ekonominya. Bandar raya ini tidak kaya dari segi rizab minyak. Jadi pentadbiran tempatan mencari langkah lain untuk membangunkan ekonomi, iaitu sebuah pusat kewangan yang sangat besar.

Kredit: Globalizationpedia

Namun emiriyah-emiriyah lain seperti Abu Dhabi masih mengikuti jejak langkah silam dan terlalu selesa dengan minyak. Sekarang, merekalah paling terkesan apabila harga bahan api global telah menyusut.

 

Meskipun dibebani kekurangan, UAE masih mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Kerajaan Mohammed bin Rashid al-Maktoum telah banyak melabur dalam negara sendiri untuk membebaskan ekonomi daripada belenggu sumber alam.

 

Sektor-sektor seperti perbankan, pelancongan dan perdagangan diberikan tumpuan utama, begitu juga dengan pembinaan.

 

Sehingga tahun 2007, industri pembinaan dalam negara dijangka mencecah AS$350 bilion (ENA, 2007).

 

COVID-19

 

Program perubahan ekonomi terpaksa ditangguhkan angkara bala pandemik yang mula menyerang UAE sejak 29 Januari 2020. Lapan bulan kemudian, angka positif didapati mencecah 85,000 orang.

 

Kerajaan telah menggerakkan langkah untuk memutuskan rantaian kebolehjangkitan COVID-19.

 

Kerajaan UAE bertindak untuk menggabungkan pentadbiran negara daripada agensi hingga jabatan.

 

Lebih daripada 50 peratus agensi, kementerian dan jabatan digabungkan untuk menjimatkan kos sementara UAE bergelut dengan krisis ekonomi (Financial Times, 2020).

 

Industri pembinaan UAE selama ini telah membangunkan sektor perumahan mewah. Sekarang ini ramai dalam kalangan penyewa sedang mencari rumah baru untuk pindah dalam tempoh setahun (Gulf News, 2020).

 

Tuan rumah pun tidak boleh mengurangkan sewa sewenang-wenangnya, kerana mereka pun terikat dengan bank kerana membeli rumah tersebut.

 

Selagi belum ada vaksin yang boleh dipercayai, UAE dijangka perlu menggunakan rizab negara sebagai faktor penampan. Rusia pula terlalu berahsia dengan proses vaksin, apatah lagi kandungannya.

 

Memandangkan UAE mempunyai 7.5 juta umat Islam, faktor halal semestinya memainkan peranan di sebalik penerimaan sesuatu vaksin.

Source Arabian Gazette. (2007, Mei 24). UAE-Italy trade on the rise. Financial Times. (2020, Julai 5). UAE merges ministries in ambitious government restructuring. Gulf News. (2020, September 21). UAE landlords beware: nearly 50% of tenants are likely to move out in next 12 months.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.