fbpx

Keluar Duit KWSP Kena Bayar Zakat Ke?

0 778

Adakah kena bayar zakat bagi mereka yang buat pengeluaran KWSP i-Sinar dan i-Lestari? Asasnya

1. Bila keluarkan duit KWSP, ia jadi sebahagian dari pendapatan kita.

Advertisement

2. Jadi kena campur duit KWSP tersebut dengan pendapatan tahunan kita yang lain. Ini dalam keadaan normal biasa.

i sinar kwsp
Kredit: Bernama

Fatwa 2017 di Selangor, duit keluar KWSP tidak perlu tunggu setahun. Ia wajib dikeluarkan zakat 2.5% semasa pengeluaran KWSP dibuat. Ia tiada syarat Haul. Tetapi dalam situasi terdesak musim Covid-19 ini, institusi zakat dan jawatankuasa Syariah KWSP setuju ia DIKECUALIKAN dari zakat.

Alasannya pengeluaran dibuat disebabkan mereka tiada sumber pendapatan lain. Namun, jika pengeluaran bukan terdesak seperti i-Lestari RM500/sebulan ketika mereka ada pendapatan lain, maka mereka ini WAJIB keluarkan zakat. Walaupun pengeluaran itu di bawah Nisab (RM18,500).

Kenapa kena zakat walau di bawah Nisab? Sebab ia termasuk dalam pendapatan tahunan kita. Contoh: Pendapatan tahunan: RM40,000 (dah kena zakat). Selepas keluar KWSP, pendapatan tahunan jadi RM46,000. RM6,000 lebihan kena zakatkan 2.5% sebab dah cukup Nisab. Zakatnya? RM150.

Bacaan bekaitan: Kontroversi Zakat Perlis

Bacaan bekaitan: Zakat Dalam Konteks Keusahawanan Sosial

Artikel ini ditulis oleh Faisal Rahim

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.