fbpx

Kembalinya Baldur’s Gate Yang Lama Ditunggu

0 134

BioWare merupakan pengeluar permainan video yang popular. Diasaskan pada 1 Februari 1995 oleh enam anak jati Canada (kebanyakan doktor perubatan sebenarnya), BioWare menumpukan perhatian dengan game-game RPG.

Salah satu game mereka ialah Baldur’s Gate yang memakan masa tiga tahun untuk disiapkan.

Advertisement

Namun tiga tahun ini sangatlah berbaloi, kerana BioWare berjaya menjual sebanyak dua juta cakera padat. Kejayaan ini memberi lampu hijau untuk Baldur’s Gate II: Shadows of Amn pula.

Sememangnya Baldur’s Gate II ialah antara game paling baik dalam sejarah RPG. Dengan watak-watak hebat dan jalan cerita menyeronokkan, Baldur’s Gate II ialah hiburan relevan sehingga hari ini.

Jika dibandingkan dengan Dragon Age (pun produk BioWare), Baldur’s Gate masih boleh menang dari segi thrill experience.

Namun sayangnya, BioWare ketika ini memilih penerbit yang sentiasa rugi. Kejayaan dua Baldur’s Gate tidak mampu mengimbangkan tekanan Interplay.

Jadi BioWare pun bekerjasama dengan Infogrames (yang dijenamakan semula sebagai Atari). Mereka berusaha membangunkan Neverwinter Nights.

Jadi di sini, Baldur’s Gate II menerima nasib sama yang menimpa Fallout 2. Sekuel yang boleh tahan hebat tetapi malangnya penerbit dalam masalah kewangan.

Black Isles Studios yang membikin Baldur’s Gate III: Black Hound dan Fallout 3 ditutup pada 8 Disember 2003.

Kedua-dua sekuel ini tergantung tanpa tali. Namun Fallout 3 mendapat tempat bersama Bethesda Softworks, yang tentu sekali takkan membangunkan Baldur’s Gate III oleh kerana tema fantasi sama seperti The Elder Scrolls.

Baca juga: Bethesda Softworks Menjadi Gergasi Hiburan

Maka buat satu tempoh sangat lama, Baldur’s Gate III dilupakan generasi gamer. Walau bagaimanapun pada tahun 2012, Baldur’s Gate kembali mendapat perhatian global apabila Beamdog membuat lamaran.

Beamdog ialah sebuah syarikat game yang diasaskan oleh pengasas BioWare. Mereka mengeluarkan versi Enhanced Edition untuk Baldur’s Gate I dan Baldur’s Gate II yang mempunyai sedikit perubahan.

Rating dan jualan kedua-dua Enhanced Edition pun memberangsangkan. Terbukti bahawa siri ini masih ada peminat.

Jadi ketika ini sudah jelas, bahawa Baldur’s Gate III memang ada harapan. Sebenarnya antara 2002 hingga 2018, memang banyak pengeluar mencuba nasib untuk membangunkan Baldur’s Gate III.

Antaranya ialah Obsidian Entertainment, sebuah syarikat pengeluar diasaskan bekas pekerja Black Isles Studios (yang ditutup Interplay).

Hakcipta ini dipegang penerbit Wizards of the Coast LLC, yang akhirnya bersetuju dengan Larian Studios. WotC menjadi yakin, kerana Larian Studios mampu mengeluarkan dua siri Divinity: Original Sin.

Tarikh pengeluaran Baldur’s Gate III masih belum diisytiharkan lagi. Namun game ini mempunyai kandungan 25 jam, dengan 16 bangsa boleh dipilih.

Akses terawal dibuka pada 6 Oktober 2020 setakat ini game sangat laris dengan permintaan tinggi sampai pengedar Steam ada masalah teknikal kerana terlalu ramai.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.