fbpx

Kemelut Bergabung Pada Ambang CNY

0 5,879

  • Kadar penjualan pada ambang tahun baharu menjunam 50% selepas banyak perancangan sosial dibatalkan


Advertisement

  • Perbelanjaan menurun setelah 12 tahun


Cina merupakan bangsa yang penuh dengan elemen-elemen kebudayaan. Di mana mereka bertapak, di situ wujudnya unsur-unsur kebangsaan seperti sambutan tahun baharu, masakan tanah besar dan juga pakaian tradisional. Jadi bagi orang Cina, Januari merupakan bulan yang sangat bermakna kerana mempunyai dua tahun baharu – awal dan akhir bulan.

 

Apabila sebut sahaja pasal perayaan, semestinya orang akan berbelanja. Tidak kira apa-apa jua agama sekalipun, setiap keluarga akan cenderung membeli pakaian baharu, mengeluarkan duit sikit untuk masakan dan juga menyediakan wang poket untuk orang beraya. Jadi bulan Januari sememangnya amat dinanti-nantikan semua penjual. Ada yang sanggup buat pemotongan harga pun demi menarik perhatian pelanggan.

 

Tahun 2020 malangnya semuanya kelihatan berbeza. Hampir setiap perniagaan suram. Malah ada tempat yang tidak berniaga pun, angkara penularan koronavirus. Kadar penjualan pada ambang tahun baharu menjunam 50% selepas banyak perancangan sosial dibatalkan (Tianwei, 2020). Jenama-jenama mewah pun turut terkesan juga.

 

Malah tempias kemelut sebegini juga mengganggu pasaran Thailand yang mempunyai hampir 10 juta penduduk Cina. Buat julung kalinya selepas 12 tahun gilang-gemilang, ketidaktentuan ekonomi telah membuatkan bangsa Cina kurang berbelanja. Perbelanjaan semasa hanya sekitar AS$1.887 bilion sahaja, juga kerana faktor cuaca dan kemarau. Rakyat keramaian Thailand sendiri enggan kunjung-mengunjung untuk menyumbang kepada pelancongan tempatan (Phusadee, 2020).

 

Kalau China dan Thailand sudah mendap, apatah lagi Malaysia. Telah dilaporkan bahawa sektor peruncitan, terutamanya pasaraya-pasaraya besar, semakin kekurangan pelanggan. Sama ada tekanan ekonomi memainkan peranan, ataupun persaingan daripada pasaran atas talian – kejatuhan dalam jualan pada ambang tahun baharu Cina sangatlah jelas (Birruntha, 2020).

 

Rujukan: Malaysian Reserve, Bangkok Post

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.