fbpx

Kenapa Bob Dylan Jual Kesemua Lagu Ciptaannya

0 277

Bob Dylan merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik lagu yang sangat dihormati di dunia. Kehebatan beliau juga diiktiraf apabila menerima hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun 2016.

Ianya merupakan kejayaan yang cukup manis kerana begitu jarang untuk kita melihat seseorang yang terlibat dengan muzik diangkat sebagai penggiat sasterawan.

Advertisement

Di negara kita sendiripun, agak sukar melihat penulis lirik diiktiraf sebagai sasterawan negara.

Bob Dylan
Kredit: Vanity Fair

Tahukah anda pada tahun lepas pihak Universal Music Publishing Group telah membeli kesemua lagu cipta Bob Dylan bermula daripada lagu Blowin’ In The Wind sehingga Murder Most Foul.

Pengambilalihan tersebut berjumlah hampir $400 juta dan mengejutkan ramai pihak kerana Bob Dylan masih lagi menikmati bayaran royalti daripada lagu-lagunya. Persoalannya, kenapa Bob Dylan menjual kesemua lagu ciptaannya?

Semuanya kerana trend penerbitan lagu yang tidak lagi memberikan banyak keuntungan kepada para penulis lirik dan pencipta lagu.

Bagi legenda muzik seperti Bob Dylan yang sudah menjangkau umur 79 tahun tidak ada apa lagi mahu dipertahankan. Sementara lagu-lagunya masih lagi bernilai, inilah masa untuk mendapatkan keuntungan maksima.

Universal music
Kredit: Avana

Walau bagaimanapun, lain pula dengan pihak Universal Music apabila mereka beranggapan royalti tetap mampu didapatkan selagi mana lagu itu diputarkan dan tidak terganggu dengan pasaran saham.

Malah lagu juga sudah boleh dianggap sebagai aset pelaburan jika ianya memberi pulangan lumayan kepada syarikat rakaman.

Namun, ramai masih beranggapan pelaburan melalu lagu dan muzik adalah perkara yang agak mengarut.

Goldman Sachs pula meramalkan sebaliknya apabila menjelang tahun 2030, pendapatan industri muzik akan meningkat dua kali ganda sebanyak $131 bilion dan akan menjadi aset pelaburan menguntungkan.

Baca juga Bagaimana Industri Muzik Menjana Keuntungan?

Bagi pihak Bob Dylan pula, mendapatkan sebanyak wang yang boleh ketika usia semakin meningkat adalah langkah terbaik daripada menerima royalti setiap tahun.

Malahan, pendapatan daripada penjualan semua lagunya lebih banyak daripada wang yang diterima melalui royalti.

Bob Dylan juga boleh mengelakkan diri daripada membayar cukai pendapatan seperti kelazimannya.

Baca juga Cara Daftar Cukai Pendapatan Dengan Mudah

Cukai yang perlu dibayar melalui keuntungan penjualan lagu adalah lebih sedikit dan Bob Dylan dapat menjimatkan berjuta-juta dolar. Duit itu boleh digunakan oleh beliau untuk menikmati hari tua dengan begitu tenang.

Walau bagaimanapun, tindakan yang dilakukan oleh Bob Dylan tidak berfungsi untuk semua penggiat industri muzik.

Hal ini demikian kerana pemuzik perlu menjadi popular melahirkan genre baru yang mempengaruhi industri muzik dunia bagi sehingga mampu menjana keuntungan untuk menjual semua lagu.

Kesimpulannya, industri muzik masih lagi tidak mampu memberikan pulangan lumayan kepada seluruh pemainnya.

Baca juga Kenapa Industri Hiburan Malaysia Kurang Menyumbang Kepada KDNK Negara

Source Terry, J. (2020, Disember 9). Why would Bob Dylan sell his entire catalog? Vice. The Nobel Prize. (2017, Jun 5). Bob Dylan: Lecture Nobel.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.