fbpx

Kenapa China Mengharamkan Arang Batu Australia

0 626

Keabsahan globalisasi sekarang ini semakin tercabar dek perang perdagangan. Bukan Amerika Syarikat sahaja yang sedang bertembungan dengan China dalam hal ini. Malahan Australia pun sama juga.

Cuma dengan Australia, jelas kelihatan bahawa peperangan semakin merebak ke sektor lain.

Advertisement

Pada 16 Jun 2020, Australia mengatakan bahawa badan-badan antarabangsa sangat penting untuk memerangi negara-negara kuku besi (China) yang cuba menundukkan demokrasi liberal (Hurst, 2020).

australia

China pula memberi amaran kepada rakyatnya supaya jangan melancong ke Australia.

Namun sekarang ini China semakin menggiatkan perang perdagangan, sampai mengharamkan pengimportan barli, daging, kapas, arang batu dan wain daripada Australia.

Baca juga: China Sah Kuasa Ekonomi Dunia

Jika berterusan, Australia dijangka mengalami kerugian antara AS$19 bilion hingga AS$42 bilion (Hurst, 2020).

jangkaan kerugian

Industri daging misalnya tidak diberikan permit pengeksportan yang diperlukan. Barli dihentam dengan kadar tariff sebanyak 80 peratus (AP, 2020).

Baca juga: 3 Faktor Kenapa Starbucks Lingkup Di Australia

Arang batu pula sekadar tersadai di pelabuhan China, kerana syarikat pengimport tidak dapat mengambil atau menerima (Tan, 2020).

Malah hab arang batu Shanxi di China pula telah menggabungkan lima pelombong utama (yang dimiliki kerajaan) dalam sebuah langkah konsolidasi 420 juta tan (Leng & Tan, 2020).

Bagi mencukupkan permintaan dalaman (kerana tidak import dari Australia), China beralih ke Mongolia. Setiap hari lebih daripada 1,000 lori arang batu merentas sempadan Mongolia dan China. Namun ini bukanlah suatu peralihan mudah.

Hal ini demikian kerana jika gergasi-gergasi industri China sanggup mengimport dari Australia (berbanding Mongolia yang jauh lebih dekat), tentu sekali harga, kualiti dan logistik memainkan peranan besar (Tan, 2020).

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.