fbpx

Kenapa Ekonomi Filipina Merosot Dengan Teruk

0 1,969

Tahukah anda, Filipina pernah menjadi kuasa ekonomi Asia Timur di belakang Jepun pada era 1950-an dan 1960-an. Malahan boleh dikatakan antara negara terkaya di Asia pada detik itu.

 

Pada ketika Korea hanyalah sebuah negara berasaskan pertanian, Filipina telah menjadi salah satu pusat perindustrian utama di Asia.

 

Advertisement

Filipina banyak menghasilkan produk dan miliki kilang pembuatan untuk kenderaan, televisyen serta barangan rumah.

ekonomi filipina

Ketika era itu keluaran dalam negeri bersih (NDP) menyaksikan pertumbuhan pesat dengan nilai 12 peratus pada separuh pertama tahun 1950-an.

 

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Filipina ketika itu juga menunjukkan peningkatan 7.7 peratus iaitu angka paling tinggi dalam lima tahun. (Baca juga: Apa maksud peningkatan KDNK)

 

Namun begitu ketika separuh kedua tahun 1950-an, NDP Filipina telah menurun kepada 7.7 peratus. Malahan KDNK Filipina juga turut menurun kepada 4.9 peratus.

 

Sebelum tahun 1970, eksport Filipina terdiri daripada produk pertanian ataupun mineral dalam bentuk mentah dan juga telah diproses secara minimum. Mereka juga mula mengeksport produk-produk komoditi seperti pakaian dan komponen elektrik.

 

Secara tiba-tiba sahaja negara yang dianggap antara paling kaya di Asia menjadi antara negara paling miskin di Asia.

 

Memasuki sahaja 1970 dan 1980, ekonomi Filipina merosot teruk dan negara-negara jirannya pula yang menunjukkan peningkatan mendadak.

 

Segala yang dicapai pada era 1950-an dan 1960-an musnah akibat korupsi, kronisme dan salah laku yang membelenggu pemerintahan presiden Ferdinand Marcos serta Benigno Aquino Jr.

Baca juga: 4 Faktor Kegagalan McDonald’s di Filipina

Bukan itu sahaja, kemelesetan yang begitu teruk juga telah melanda Filipina ketika pemerintahan Aquino.

 

Ianya bertambah merumitkan lagi dengan ketidakstabilan politik yang semakin melemahkan aktiviti ekonomi hingga menyaksikan ekonomi menyusut lebih daripada 10% pada tahun 1984 hingga 1985.

 

Hal ini telah menyebabkan kadar kemiskinan meningkat apabila pertumbuhan ekonomi tidak seiring dengan penambahan populasi di Filipina.

 

Presiden selepas itu iaitu Fidel V. Ramos telah memperkenalkan reformasi ekonomi dan inisiatif yang dirancang bagi memacu pertumbuhan perniagaan serta pelaburan asing. Impaknya, Filipina memasuki era pertumbuhan ekonomi yang tinggi bagi negara tersebut.

 

Walau bagaimanapun, semuanya musnah apabila krisis kewangan Asia 1997-1998 telah menghambat ekonomi Filipina ke arah kemelesetan sekali lagi.

 

Selepas itu, presiden seterusnya iaitu Joseph Estrada telah meneruskan beberapa pembaharuan yang dimulakan pentadbiran terdahulu.

 

Memasuki sahaja pemerintahan Presiden Rodrigo Duterte pada 2016, beliau telah berjanji untuk menjadikan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan sebagai misi utama.

 

Duterte percaya bahawasanya untuk membangunkan ekonomi, negara perlu mengurangkan kadar jenayah, dadah dan rasuah pada tahap paling minimum. Pentadbiran Duterte juga berjanji untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 17 peratus menjelang 2022.

 

Duterte juga berpendapat kemudahan infrastruktur yang usang akan membantutkan pertumbuhan ekonomi sesebuah kawasan. Jadi pentadbiran beliau telah membelanjakan $165 billion untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur di Filipina menjelang tahun 2020.

 

Walau bagaimanapun, serangan koronavirus bikin Filipina sekali lagi terbantut dalam usahanya meningkatkan kembali ekonomi negara itu.

 

Hari ini kita menyaksikan Filipina berada pada rangking kedua sebagai negara paling banyak penularan koronavirus di belakang Indonesia. Berjayakah Filipina mencapai perancangan dan pertumbuhan ekonomi menjelang 2022?

 

Sayang sungguh apabila negara yang pernah menjadi antara negara terkaya di Asia pada hari ini bertukar menjadi antara termiskin. Siapa yang boleh disalahkan sehingga terjadi sedemikian rupa?

Source Facts and Details. (n.d). Economic history of the Philippines. History Central. (n.d). Philippines Economic.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.