fbpx

Kenapa Harga Iphone Makin Mahal Di Malaysia

0 984

Iphone adalah satu rausyanfikir ataupun inovasi yang dihasilkan oleh Apple dan telah mengubah dunia telefon pintar secara keseluruhannya.

Walaupun Iphone sering kali dilabel lembab kerana lambat beradaptasi dengan teknologi terkini tetapi setiap kali ciri terbaru Iphone keluar pasti akan diikuti.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Iphone sering kali dianggap sebagai mainan para elitis dan bangsawan kerana harganya yang tidak masuk akal. Malahan dengan harga yang sama anda boleh dapatkan sebuah motorsikal 110 cc untuk dibawa pergi mencari sesuap nasi.

Tahukah anda, harga Iphone sebenarnya meningkat sedikit sahaja dari model ke model tapi kenapa masih mahal di Malaysia? Ayuh soroti artikel ini.

iphone 5
Kredit: Gadget 360

Ketika Iphone 5 dikeluarkan pada 2012, harganya adalah sekitar RM2,199 sehingga RM2,799 bagi pasaran Malaysia. Lapan tahun selepas itu, Iphone 12 muncul di Malaysia dengan tanda harga bermula dari RM3,399 sehingga RM6,699.

Jika kita mengambil nilai maksimum harga kedua-dua model Iphone ini, jurangnya adalah sekitar RM4,000. Ianya merupakan satu jumlah yang sangat besar dan Iphone masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat walaupun agak mahal.

Sekarang ini kita lihat pula perbandingan harga antara Iphone 5 dan Iphone 12 bagi pasaran Amerikat Syarikat. Pada tahun 2012, harga Iphone 5 di Amerika Syarikat bermula dari $649 sehingga $849.

Manakala harga bagi Iphone 12, lapan tahun selepas itu adalah sekitar $943 sehingga $1,071. Kalau kita mengambil nilai maksimum kedua-dua model tersebut bagi pasaran Amerika Syarikat, jurang harganya berbeza $128 sahaja.

iphone 12

Pasti kita semua merasa pelik dengan insiden ini kerana $128 pada hari ini adalah RM514.88 dalam  mata wang kita.

Jika kita tukarkan nilai dalam dolar As ke ringgit Malaysia bagi harga Iphone 5 dan Iphone 12 pasaran Amerika Syarikat pula, ianya akan berbeza sekitar RM1700 dan bermakna lebih rendah berbanding RM4000 mengikut pasaran Malaysia.

Walau bagaimanapun, usah berasa aneh kerana setiap perkara itu ada penjelasannya, Jangan pula kaitnya dengan teori konspirasi ataupun kartel telefon pintar. Jawapan sebenarnya kepada kekusuatan ini adalah mudah sahaja iaitu pertukaran mata wang.

Tahukah anda pada tahun 2012, pertukaran mata wang antara dolar AS dan Ringgit Malaysia adalah $1 bersamaan RM3.06. Jadi tidak pelik apabila harga Iphone 5 keluaran terbaru pada masa itu tidaklah terlampau mahal seperti harga sebuah motorsikal.

Nilai mata wang Malaysia yang agak tinggi membuatkan harga Iphone masih lagi dibawah harga berpatutan untuk dimiliki rakyat tempatan. Namun beberapa tahun selepas itu harga model terbaru Iphone terus meningkat RM4,000 sehinga menjangkau harga RM7,000.

Ianya adalah perkara biasa jika kita lihat pertukaran wang antara dolar AS dan ringgit Malaysia pada hari ini. Sejak berlakunya pertukaran kerajaan, nilai ringgit Malaysia langsung tidak pernah naik ke paras RM3 bersamaan $1.

Kali terakhir ringgit Malaysia mencapai angka tersebut adalah pada tahun 2015 iaitu $1 bersamaan RM3.90.

Selepas itu, ringgit Malaysia terus jatuh ke paras RM4 bersamaan $1 dan tidak pernah naik tinggi sehinggalah ke hari ini. Jadi ini adalah alasan terkuat mengapa harga Iphone terus menerus menjadi mahal di Malaysia.

Jikalau mahukan harga Iphone model terbaharu dengan lebih rendah, kita harus pastikan nilai mata wang Malaysia lebih tinggi berbanding hari ini.

Cuba bayangkan jika $1 bersamaan RM2.70, pasti kita akan dapat membeli produk-produk keluaran Apple dengan lebih murah dan berpatutan.

Baca juga Lelaki Ini Disaman Kerana Tawarkan Harga Murah Untuk Baiki Iphone di sini

Source Clay, K. (2012, September 12). The real cost of an iPhone 5. Forbes. Jinn Xiung. (2020, Oktober 21). iPhone 12: Malaysia is among the cheapest countries to buy one. Soyacincau. Pound Sterling Live. (2012, September 19). Historical rates for the USD/MYR currency conversion on 19 September 2012.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.