fbpx

Kenapa Harga Minyak WTI Jatuh Sampai Negatif

0 14,974

“Harga minyak jatuh ke negatif!” “Habis lah!”

 

Tenang, harga minyak mentah sedunia memang jatuh teruk, tapi yang jatuh 306% jadi $-37.63 setong itu adalah harga bagi “West Texas Intermediate” (WTI) keluaran Amerika Syarikat (AS).

 

Advertisement

Bagi minyak Brent (keluaran Shell UK), harga masih positif, dalam $25. Harga minyak “Tapis” keluaran Malaysia juga masih di paras $28, jatuh 1.7% sahaja.

 

Minyak mentah ini macam kurma juga. Lain tempat lain keluaran, walaupun semua dikenali sebagai kurma. Ajwa tu keluaran Madinah, Deglet Noor Algeria, Medjool dari Morocco. Kualiti pun lain-lain.

 

Minyak mentah pula, selain WTI dan Brent, ada juga ESPO (Rusia), Urals (Rusia), Maya (Mexico), Minas (Indonesia) dan macam-macam lagi. Keluaran Malaysia selain “Tapis” ada juga “Bintulu Condensate”, “Miri” dan lain-lain. Kualiti berbeza-beza ikut kandungan sulfur (“sweet” atau “sour”) dan graviti (“heavy” atau “light”).

 

Minyak WTI ni “sweet” dan “light”, ramai suka beli, sebab tu harganya dijadikan “benchmark” dan dilaporkan dalam berita setiap hari bersama-sama Brent. Tapi harga WTI tak mewakili semua minyak yang ada di pasaran.

 

Yang lebih penting, kita kena faham minyak mentah ini didagang menggunakan “futures” atau kontrak ke hadapan. Katakan anda nak stok minyak pada Mei 2020, anda kena pesan (order) semasa April.

 

Pembeli minyak mentah adalah syarikat-syarikat pemprosesan minyak. Mereka tidak beli terus (on the spot) tapi beli kontrak hadapan (futures) supaya boleh mengawal risiko perubahan harga.

 

Yang jadi negatif sekarang ini adalah kontrak untuk penghantaran Mei. WTI bersifat penghantaran fizikal (physical delivery), jika pesan untuk Mei, minyak akan dihantar secara fizikal kepada pemegang kontrak Mei.

 

Waktu begini, penggunaan minyak sangat rendah. Stok minyak masih banyak sebab hampir satu dunia masih dalam lockdown. Kereta tidak berjalan, kapal terbang tidak terbang.

 

Jadi, disebabkan kontrak untuk Mei 2020 akan tamat pada esok waktu tempatan US (21 April 2020), orang hanya lepaskan kontrak tanpa kisah mengenai harga. Lebih baik rugi duit kontrak dari minyak itu hantar ke kilang. Sebab itu harga jatuh ke negatif.

 

Kalau Brent tidak jadi macam seperti WTI sebab Brent boleh “roll over”, kalau tidak mahu kontrak Mei boleh jual ganti dengan kontrak Jun. Sebab itu tidak ada masalah yang sama.

 

Tapi harga kontrak WTI untuk Jun sebenarnya masih berada di paras yang okay lagi, masih di paras $20, dan akan naik selepas itu sebab minggu lepas negara OPEC (yang diketuai Saudi) dan bukan OPEC (seperti Rusia dan US) dah capai persetujuan untuk potong bekalan sebanyak 9.7 juta tong sehari (10% daripada jumlah keluaran dunia) untuk bulan Mei dan Jun.

 

Harga minyak ditentukan oleh bekalan dan permintaan, kalau harga jatuh sebab permintaan jatuh, maka negara-negara pengeluar minyak akan untuk kurangkan pengeluaran (bekalan) supaya harga naik semula.

 

Tapi apa pun, berita minyak negatif ni adalah good reminder bahawa “the era of oil is coming to an end”.

 

Dan untuk tahun-tahun akan datang, “cheap oil” akan jadi “new normal”.

 

Akan ada banyak syarikat-syarikat minyak kecil yang lingkup dalam tempoh setahun dua ini dan dibeli oleh syarikat-syarikat besar.

 

Dulu pasaran minyak dikuasai oleh “Seven Sisters” (BP, Shell, SoCal, Gulf Oil, Texaco, Exxon, Mobil), selepas kejatuhan harga minyak 1980-an tinggal jadi Four Sisters saja: SoCal, Gulf Oil dan Texaco bergabung jadi Chevron (pemilik Caltex), Exxon dan Mobil bergabung jadi ExxonMobil (pemilik Esso).

 

Dulu harga minyak mahal sebab minyak adalah sumber yang terhad. AS sehinggakan mahu berperang dengan Iraq untuk dapatkan stok minyak. Sekarang kalau minyak percuma kepada AS pun belum tentu mereka nak. Disebabkan lambakan minyak lah harga jadi negatif.

 

Sejak zaman Obama (2009-2017), AS mula menghasilkan shale oil bagi menggantikan pergantungan kepada minyak petroleum, dan sekarang AS adalah pengeluar minyak terbesar di dunia.

 

Shale oil ni punya bekalan hampir tiada limit, tidak seperti petroleum sekali gali habis. Jadi secara asasnya harga minyak tidak akan kembali ke zaman kegemilangannya lagi.

 

Sebab itu Saudi semua kena longgarkan cara hidup konservatif diorang untuk tarik pelaburan asing. Brunei pun mula kena berfikir pasal pempelbagaian (diversification_ ekonomi.

 

“Oil is a curse”. Kebergantungan kepada minyak bukan sahaja lmelambatkan negara jadi negara industri jadi negara maju, malah ia akan menggugat kelangsungan hidup negara di zaman norma baharu.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.