fbpx

Kenapa Hizbullah Kuat Sangat di Lubnan?

0 876

Apabila Shlomo Argov hampir dibunuh gerombolan pemisah daripada Fatah, Menachem Begin dan Ariel Sharon tidak berdiam diri. Mereka melancarkan peperangan terhadap Lubnan untuk mengeluarkan PLO.

Israel walau bagaimanapun menghadapi kegagalan strategi, kerana peperangan tiga tahun ini merancakkan pengaruh Hizbullah kerana ramai agamawan Lubnan yang belajar di Najaf, Iraq, menginginkan sebuah model bagaikan Revolusi Iran 1979.

Advertisement

Sejak hari itu Hizbullah ditubuhkan, melalui dana daripada IRGC. Ramai dalam kalangan ahli mereka berpandukan ajaran Syiah, bersatu hati untuk melawan penjajahan Israel (BBC, 2010).

Mereka juga ingin berjuang demi nasib Syiah yang dikatakan tersisih bagaikan minoriti. Jelas sekali konflik sektarianisme sebegini hanya akan menjejaskan Lubnan sendiri, sementara ingin menumpaskan pengaruh Israel.

Ketika itu pula Lubnan sedang mengharungi sebuah peperangan saudara, yang berlarutan selama 15 tahun. Jadi sebuah negara bergolak dengan musuh abadi selamba menyerang, memang menyuburkan ilham Khomeinisme.

Bermula 1985, Hizbullah berazam untuk mengusir sekutu Amerika Syarikat dan Perancis daripada Lubnan, sekali gus menghapuskan kolonialisme. Pengaruh Kristian daripada Parti Phalanges Lubnan turut diserang Hizbullah.

Medan perang saudara mewajibkan Hizbullah jadi sebuah kuasa bersenjata. Mereka menarik rekrut daripada kelompok yang pernah berjuang dalam Perang Bosnia (Fisk, 2014).

Hizbullah memainkan peranan besar dalam konflik Selatan Lubnan yang berakhir pada 25 Mei 2000 dengan kejayaan bagi pihak Hizbullah kerana Israel berundur. Namun enam tahun kemudian, Israel dan Lubnan bertembung semula selama 34 hari.

Hizbullah mendapat sokongan kental daripada Iran, sampai peperangan ini dilihat suatu pertembungan proksi pula. Sejak peperangan inilah kuasa Hizbullah tidak lagi boleh ditandingi kuasa Lubnan.

Kumpulan ini walaupun “paramilitary” sebenarnya lebih kuat dairpada Tentera Republik Lubnan sendiri.

Hal ini membolehkan mereka beroperasi bagaikan “negara dalam negara” sampai memperolehi stesen televisyen dan radio tersendirin yang merdeka daripada cengkaman kerajaan pusat.

Secara tidak langsung, Hizbullah yang dipimpin Hassan Nasrallah sebenarnya sebuah negara merdeka yang menerima latihan tentera, bekalan senjata dan sokongan kewangan daripada Iraq.

Kemandirian Syria daripada pengaruh asing pula meniup sokongan politik, yang membentuk sebuah belitan kukuh bagi Hizbullah.

Source BBC. (2010, Julai 4). Who are Hezbollah? Fisk, R. (2014, September 7). After the atrocities committed against Muslims in Bosnia, it is no wonder today’s jihadists have set out on the path to war in Syria. The Independent.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.