fbpx

Kenapa Iran Menukar Matawang?

0 1,052

Dengar kata ikan toman boleh mencecah harga empat angka. Namun di Iran, matawang toman dibuat untuk mengurangkan empat angka.

 

Macam mana tu?

 

Advertisement

Kalau dilihat dalam sejarah, Iran seolah-olah tidak mampu mengekalkan satu matawang. Asalnya riyal, kemudaian qiran – kemudian patah balik riyal. Belum lagi pasal shahi, mahmoudi, abassi dan naderi.

 

Kelemahan ekonomi sepanjang zaman imperialisme dibawah Dinasti Pahlavi menjadi cabaran utama buat matawang riyal.

Pada tahun 1979, Iran mengharungi detik politik paling penting. Monarki 2,500 tahun digulingkan, dan Ruhollah Khomeini menjadi Pemimpin Agung Iran yang buat julung kalinya sebuah republik.

 

Revolusi Iran yang berlangsung telah menyebabkan keluaran modal (capital flight) sebanyak AS$40 bilion. Jadi riyal pun teruk terkesan bermula hari pertama Khomeini di pejabat (Habibi, 2003).

 

Kerajaan Syiah yang bertunas di Iran juga tidak mampu membina diplomasi untuk memulihkan imej negara.

 

Khomeini pula terlalu ghairah menggesa Iraq gulingkan Saddam Hussein, sekali gus menyebabkan Perang Iran-Iraq yang teruk merosakkan ekonomi kedua-dua negara.

 

Telinga kerajaan pula berdesingan akibat tamparan sekatan ekonomi. Kesannya jelas. Dalam tempoh 21 tahun, nilai riyal menyusut sebanyak 132 kali ganda.

 

Keupayaan perdagangan pun teruk terkesan dalam tempoh 21 tahun tersebut (sehinggalah hari ini). Semasa pentadbiran Donald J. Trump pula, Iran sekali lagi dikenakan sekatan ekonomi.

 

Ketegasan White House menyukarkan perniagaan buat Tehran, kerana tiada syarikat berani menjadi orang tengah untuk mengeksport minyak mentah (yang disekat daripada pasaran terbuka).

 

Maka Iran membuat keputusan untuk membuat matawang baharu yang dinamakan toman. Setiap satu toman membawa nilai 10,000 rial, menghapuskan empat sifar demi kemudahan urusniaga kewangan (Fassihi, 2020).

 

Pendekatan Iran sebenarnya menarik. Selalunya negara bermasalah akan membangunkan semula ekonomi dengan teras baharu sebelum memperkenalkan matawang baharu.

 

Baca juga: Kesakitan Rakyat Iran Dengan Sekatan Ekonomi

 

Namun bagi kes Iran, semuanya terbalik pula. Sejauh mana ekonomi Iran boleh pulih dengan toman, hanya masa saja boleh menentukan.

 

Sukar untuk menentukan sekarang, kerana Iran yang teruk dibelasah sekatan ekonomi sedang sengsara akibat koronavirus.

Source Fassihi, F. (2020, Mei 4). With Inflation Ravaging Currency, Iran Is Changing Names and Numbers. The New York Times. Habibi, N. (2003, Julai 9). Iran’s Exchange Rate Freeze: Is it appropriate? Is it sustainable? Farsi Net.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.