fbpx

Kenapa Kaunter Saham SUMATEC Dinyah Senarai Bursa?

0 1,460

Kaunter Sumatec telah pun dinyah senarai (delisted) dari Bursa. Apa yang kita boleh pelajari dari hal ini? Sama-sama kita rungkaikan.

laporan-kewangan-sumatec

Advertisement

Laporan kewangan SUMATEC setakat 30 Jun 2019, ia dikatakan mempunyai aset dalam buku (assets in the book) RM839 juta.

Dalam interim report jun-2019 ada dua aset yang nampak pelik seperti disebut dalam buku :

  1. Working interest: RM272 juta
  2. Project expenditure: RM174 juta

Dalam laporan tahunan 2018; dua aset yang lebih kurang sama :

  1. Rights and concessions: 271 juta
  2. Exploration and evaluation cost: 173 juta

Tentu ramai tak perasan atau tertanya, macam mana syarikat yang banyak asset tetapi tak mampu selesaikan hutang?

Kenapa SUMATEC terjeremus ke PN17?

Pertamanya ia mendapat petition winding up untuk mencairkan asset supaya hutang-hutang kreditor dapat dibayar.

Sumatec telah menerbitkan bon kepada Kerisma Bhd, Capone Bhd, Prima Uno Bhd dan Malaysian Trustees Bhd sebanyak RM83 juta (berserta faedah).

Dah tu kenapa tidak dicairkan (dijual) aset utk membayar hutang?

Petition winding up ni bukanlah tiba-tiba datang peminjam ini.

Singkap kembali pada tahun 2014, sumatec menghujani berita manis bahawa Markmore Sdn Bhd telah memerterai perjanjian untuk membangunkan Methanol Plant USD700 juta di Kazakhstan.

2017, Sumatec telah memeterai perjanjian dengan Markmore Sdn Bhd untuk bercadang membeli Markmore Energy Labuan Ltd (MELL) pada harga USD370 juta kerana MELL adalah pihak yang mendapat konsesi minyak dan gas kawasan Rakushechnoye yang bekerjasama dengan CaspiOilGas LLP (COG) di Kazakhstan.

Berbalik kepada cerita di atas, aset hampir 0.8 billion, kenapa teruk sangat company ni?

Kalau kita perhatikan secara perinci, Sumatec menggunakan perakaunan yang berbeza.

Kalau subjek account, ada perbezaan set of standard yang digunakan dalam industri minyak dan gas terutamanya dalam Upstream (Exploration and Production).

Dalam industri minyak dan gas Upstream, terdapat 2 kaedah perakaunan yang digunakan:

  1. Full Cost Method
  2. Successful Efforts Method

Kaedah ini merupakan kaedah macam mana perbelanjaan dimodalkan kepada aset (capitalized expenditure). Kalau dalam perniagaan pembinaan (construction), semua projek yang sedang dibuat tetapi belum siap; akan dimodalkan (capitalized) kepada Asset Under Construction (AuC) atau Project In Progress (PiP) yang diletakkan di bawah Balance Sheet/Statement of Financial Position.

Kalau perbelanjaan projek ini tidak dimodalkan atau tidak boleh dimodalkan, contohnya belanja entertainment, akan diletakkan di bawah Profit and Loss statement di mana, kalau belanja tinggi akan mengakibatkan your profit become less.

Stakeholders will not be very happy to see profit going down.

AUC/PiP once dah complete projek akan ditukar menjadi fully asset such as PPE, Land, Building, Machinery etc.

Kalau tiba-tiba projek tak siap macam mana?

Dalam kes Oil and Gas Upstream, sama juga konsep.

Invest belanja modal untuk carigali minyak tiba-tiba tak ada minyak. Full cost method membenarkan syarikat memodalkan segala perbelanjaan tak kira walaupun outcome nya adalah nothing.

Successful efforts method hanya membenarkan syarikat memodalkan perbelanjaan sekiranya pencarian minyak itu berjaya. Sekiranya carigali itu dry holes (lubang kering ), maka segala perbelanjaan akan expense-off kepada Profit n Loss Statement.

Sumatec menggunakan Full Cost Method.

Banyak syarikat-syarikat besar lebih gemar menggunakan Successful Effort berbanding Full Cost. Contohnya, Shell, Sapura Energy etc.

Kalau tengok laporan tahunan sumatec menyebut, segala kos eksplorasi dan aktiviti penilaian lapangan minyak akan dimodalkan bila ia berlaku. Kos ini akan dilupuskan sekiranya:

  1. ia (aktiviti exploration and evaluation) didapati tidak menghasilkan sebarang nilai komersil, tiada carigali dapat diteruskan atau tiada production pada lapangan minyak tersebut; atau
  2. Kontrak telah tamat atau ditamatkan.

Sudah tentunya bila asset dimodalkan akan tertakhluk kepada impairment losses. Segala pelaburan sumatec dalam subsidiari mereka semua dirosot nilai 100%.

Anak syarikat sumatec dalam laporan audit :

Sumatec Corporation Sdn. Bhd. dan Sumatec Oil and Gas LLP menyebut “adverse opinion”.

Bila sebut adverse opinion, ada benda yg tak betul.

Hak sumatec untuk membangunkan kawasan lapangan minyak di Kazakhstan ditamatkan pada Oct 2019 oleh CaspiOilGas LLP (COG).

Jadi, nilai aset sumatec 800 juta itu sebaliknya adalah nilai yang sangat subjektif dan ada conditional requirement.

Walaubagaimanapun, banyak debat akademik di luar sana antara kelebihan dan kekurangan Full Cost (FC) vs Successful Efforts (SE).

Some said SE lebih konservatif tetapi ia sangat kompleks dalam penyediaan laporan kewangan. Kajian menunjukkan kaedah SE lebih mencerminkan kualiti aliran tunai berbanding FC.

Mungkin terjawab, kenapa aset banyak tapi tidak boleh selesaikan hutang?

Aset yang ada tak boleh dicairkan.

Yang penting ialah current asset. Kalau berlaku petition winding up, current asset terlebih dahulu mesti dicairkan. Sebab itu kalau kita kaji fundamental, current ratio adalah antara ratio terpenting.

Did u learn a lesson?

Artikel dipetik daripada Facebook Tuan Zayed Zulkifli, penganalisa saham.

Untuk info tambahan berkenaan nisbah-nisbah yang digunakan dalam penilaian kewangan syarikat, anda boleh baca artikel Analisa Nisbah, Menilai Tahap Kesihatan Kewangan Syarikat.

 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.