fbpx

Kenapa Microsoft Masih Pertahankan Windows Walaupun Asyik Rugi?

0 1,470

Hari ini kita boleh lihat telefon pintar menjadi gajet yang wajib dimiliki oleh semua orang, tidak kiralah anda daripada golongan T20 ataupun B40 sekalipun. Dengan kehadiran pelbagai jenama telefon pintar berharga murah dan berkualiti tinggi bikin gajet ini semakin mudah untuk didapati.

Telefon pintar yang mampu mengambilalih sebahagian fungsi komputer juga membuatkan ianya lebih mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Advertisement

Walau bagaimanapun tahukah anda sebelum kehadiran telefon pintar, komputer menjadi medium utama untuk kita semua berhubung dengan mereka yang jauh.

Masalahnya ketika itu, tidak semua mampu memiliki dan menggunapakai komputer. Hal ini demikian kerana hanya programmer berpengalaman sahaja boleh mengendalikan komputer dengan menggunakan kod tertentu.

Namun, kehadiran Microsoft telah mengubah segalanya apabila hari ini kita dapat melihat kanak-kanak juga sudah pakar menggunakan komputer. Jadi macam mana Microsoft boleh menjadi perintis kepada penggunaan komputer yang lebih meluas?

Semuanya bermula dengan kelahiran Graphical User Interface (GUI) yang dibangunkan oleh Xerox. Ketika itu Microsoft mengadaptasi GUI dalam sistem operasi mereka sehingga penggunaan komputer mendapat sambutan hangat. Situasi itu membuatkan Microsoft mencapai kemuncak dengan terus menguasai pasaran komputer. Ditambah pula dengan hampir kesemua pengeluar komputer mula menggunakan sistem operasi Windows milik Microsoft dalam komputer mereka.

Kebetulan juga penggunaan internet semakin meluas untuk orang ramai bersosial melalui Netscape Navigator. Microsoft pula melihat Netscape Navigator sebagai lawan yang harus dihapuskan untuk memastikan monopoli mereka tidak tergugat.

Setelah beberapa kali berjaya membunuh pesaing mereka, Microsoft bagai terus jatuh ditimpa tangga dengan kehadiran telefon pintar.

Pelancaran iphone pada tahun 2007 membuatkan Microsoft terpaksa menekan butang panik kerana dikhuatiri telefon pintar akan mengambil alih fungsi komputer. Dengan saiz lebih kecil dan mudah dibawah kemana-mana sahaja sudah pastinya akan menjadi pilihan pengguna berbanding komputer.

Perkara yang paling menakutkan bagi Microsoft akhir terjadi apabila pelanggan mula beralih arah kepada tefelon pintar. Hal ini ditambah lagi dengan kehadiran Samsung melalui platform android oleh Google yang menawarkan telefon pintar berharga cukup murah.

Bagi mengatasi masalah ini, Microsoft telah membuat keputusan untuk mengeluarkan Windows Mobile bagi mengatasi dominasi Apple dan Google dalam pasaran telefon pintar. Maka Microsoft telah mengadakan kerjasama dengan Nokia untuk menjadi syarikat telefon pintar pertama yang menggunapakai Windows Mobile. Berbekal keyakinan Nokia sudah miliki kelompok pelanggan sasarannya tersendiri, Microsoft berharap windows phone akan mendapat sambutan.

Lima tahun selepas itu, Microsoft terpaksa menamatkan terus sistem operasi Windows Mobile kerana tidak mampu bersaing dengan Apple dan Google. Bukan itu sahaja, Windows yang selama ini menjadi kebanggaan Microsoft secara perlahan-lahan semakin tidak relevan. Malah Microsoft terpaksa menanggung kerugian walaupun Windows miliki 800 juta pengguna aktif kerana mereka memberikan perisian itu secara percuma. Windows hanya akan dapat menjana keuntungan jika ada pengguna yang membeli perisian ataupun aplikasi daripada mereka

Untuk itu Microsoft mula mengendurkan kebergantungan mereka kepada sistem operasi komputer dan fokus kepada teknologi simpanan awan melalui Azure. Dalam hal ini Microsoft beraksi dengan bijak apabila bekerjasama dengan pesaing untuk memperkenalkan Azure yang digabungkan dengan Microsoft Office.

Kesimpulannya, Microsoft tetap mempertahankan Windows kerana terdapat 800 juta pengguna yang berpotensi untuk berikan keuntungan kepada mereka. Mungkin dengan 800 juta pengguna itu mereka masih lagi mampu meneruskan sisa-sisa perjuangan untuk meruntuhkan dominasi Apple dan Google.

RUJUKAN:
CNBC. (2021, Jun 11). Why Microsoft keeps beating Apple and Google with Windows. [Fail video]. Dipetik daripada https://www.youtube.com/watch?v=OcL932W6E1w

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.