fbpx

Kenapa Perbankan Islam Masih Tetapkan Faedah Hutang?

0 671

Populariti perbankan Islam semakin mencabar dominasi konvensional. Sekitar 10 tahun lalu, perbankan Islam hanyalah alternatif sahaja. Sekarang realiti sudah berubah. Perbankan konvensional dan Islam sedang berebut tempat walaupun di negara bukan Islam.

Ambil contoh di Amerika Syarikat. Bersepah bank Islam di sana seperti American Finance House, JP Morgan dan the Bank of Whittier misalnya.

Advertisement

Dalam bangunan besar ini, ada perbankan Islam.

Malah bumi New York sudah menjadi wadah perbankan Islam yang bernilai AS$3 trilion pada tahun 2016 (Mohammed, 2016).

Hampir semua pemain industri di Amerika Syarikat menawarkan perbankan Islam secara “jendela” sahaja. Maksudnya, bank berkenaan mengamalkan dua jenis sekali jalan – konvensional dan Islamik.

Boleh pilih ikut kehendak pengguna. Di Malaysia, terdapat 16 syarikat perbankan yang menyediakan perkhidmatan bank Islam tanpa haluan konvensional langsung.

Maybank Islamic (tidak sama dengan Maybank induk), Saadiq Berhad dan Kuwait Finance House adalah contoh mudah… selain Bank Islam.

Semua bank Islam – jendela atau mutlak – memberi hutang kepada orang ramai. Tetapi hutang sebegini dibayar balik dengan tambahan peratus kecil. Dalam bahasa konvensional, ini adalah faedah (interest) yang katanya riba’.

Kaedah kira kadar faedah.

Sebelum menjelaskan kenapa bank Islam letak peratus ini, kena faham dulu kepentingan faedah dalam sebuah ekonomi.

Duit sebenarnya tidak wujud. Ia hanyalah sekeping kertas berwarna. Tetapi negara berkenaan tidak boleh cetak duit sesuka hati. Cetak terlalu banyak; harga barangan akan melambung.

Cetak terlalu sikit; harga akan terjejas. Jadi duit perlu dicetak mengikut produktiviti negara. Nilanya ditentukan melalui kualiti kerjaya rakyat. Apabila rakyat bekerja, mereka boleh membeli sekali gus ada permintaan.

Sebaik-baik cara untuk menciptakan duit adalah melalui pinjaman bank, yang dibayar balik mengikut tempoh sekali dengan “faedah yang melebihkan” (Coppola, 2017).

Kemudian datangnya perbankan Islam yang membawa konsep syariah. Seperti semua tahu, sistem syariah tidak suka riba’.

Alih-alih perbankan Islam kenakan kadar faedah juga. Dan ramai marah fikirkan bank Islam cuba pintal hukum syariah.

Sistem Kewangan Bebas Faedah

Ada dua perkara penting tentang perbankan Islam. Sistemnya tidak mengenakan faedah (riba’). Sistemnya juga tidak menyediakan sebarang haluan untuk berspekulasi (maisir). Konsep spekulasi bukanlah seperti percaturan George Soros.

Lebih tepat sekali, tengok tawaran bank semasa pemerintahan George W. Bush. Dulu kala bank memberi hutang berfaedah rendah (tetapi tidak tetap).

Ramai rakyat Amerika Syarikat berpusu-pusu buat pinjaman untuk beli rumah. Dalam masa beberapa tahun, kadar faedah (yang tidak tetap) mula naik sampai rakyat tidak mampu membayar balik (Coghlan et al., 2018).

Jadi sistem ini tidak dibenarkan perbankan Islam. Sebaliknya, konsep hutang itu sendiri sudah diperbaharui dan tidak sama untuk dibandingkan dengan perbankan konvensional.

Tanpa melibatkan diri dalam industri alkohol atau perjudian, perbankan Islam menubuhkan konsep “equity participation” (penyertaan bersama) dan “rent-to-own” (sewa-untuk-beli). Apabila pihak bank mencapai persetujuan dengan peminjam, ada satu akad penting harus difahami.

Seandainya hutang adalah untuk rumah, bank menyediakan jumlah selayaknya seperti RM200,000 misalnya. Peminjam mendapat RM200,000 dalam bentuk yang ditetapkan bank, barangkali bukan tunai. Akad di sini adalah “rent-to-own” yang mengikut prinsip Murabahah.

Bank tanggung liabiliti. Peminjam membalas jasa dengan sedikit aset.

Peminjam dan bank sudah bersetuju dengan satu kadar keuntungan yang ditetapkan dan takkan berubah. Jadi peminjam tidak membayar riba’. Peminjam hanya perlu beri bahagian untung kepada pihak bank (iMoney, 2021).

Konsep “equity participation” pula digunakan untuk perniagaan. Andainya Adam ingin memulakan perniagaan penternakan ayam bernilai RM1,000,000. Beliau sudah ada RM200,000. Jadi Bank al-Waqand datang dengan RM800,000.

Konvensional tengok wang. Islamik tengok aktiviti iaitu produk atau perkhidmatan.

Semasa akad, mereka bersetuju yang pihak bank mendapat 5 peratus daripada nilai diberikan. Maka setiap bulan, itulah tanggungjawab Adam. Kalau ikut teori, Adam tidak perlu bayar jika perniagaannya lingkup (Tarver, 2021). Sebab bank masuk sekali. Tetapi itu sekadar teori sajalah. Dari segi praktikal, mungkin ada benda kena dibuatnya.

RUJUKAN:

Coghlan, E., et al. (2018, September 19). What Really Caused the Great Recession? Berkeley Institute.

Coppola, F. (2017, Oktober 31). How Bank Lending Really Creates Money, And Why The Magic Money Tree Is Not Cost Free. Forbes.

iMoney. (2021, Julai 23). What are the advantages of taking Islamic Property Financing? iMoney.

Mohammed, R. (2016, Disember 2). Hot trend in 2017: Rise of Islamic banks on Main St. USA. CNBC.

Tarver, E. (2021, Oktober 26). Islamic Banking. Investopedia.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.