fbpx

Kenapa Perkahwinan Era Koronavirus Perlu Dikekalkan

0 153

Umum mengetahui bahawasanya perkahwinan merupakan impian bagi sebahagian orang di muka bumi ini. Manakala sebahagian lagi manusia beranggapan perkahwinan hanya sebuah fitrah sahaja.

 

Perkahwinan juga adalah salah cara untuk kita mempamerkan kekayaan dan kedudukan status kelas sosial. Oleh sebab itu tidak hairan jika kita memerlukan minima RM20k untuk jalankan sebuah perkahwinan. Oleh itu bagaimanakah mahu jimatkan kos perkahwinan? Ayuh soroti artikel ini.

 

Advertisement

Perkahwinan diklasifikasikan sebagai satu Ibadah bagi umat Islam. Perkahwinan dianjurkan bagi menjaga maqasid syariah iaitu memelihara keturunan dan juga nasab.

 

Firman Allah SWT dalam al-Quran melalui surah al-Dzariyat ayat 49:

dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).

Penganjuran kenduri kahwin atau walimatulurus telah menjadi satu tuntutan syariat dan ianya bukan sekadar satu upacara adat ataupun budaya sahaja.

 

Justeru, menurut Islam kenduri kahwin serta walimatulurus lebih baik dilangsungkan secara sederhana agar tidak terjerumus di dalam masalah hutang dan juga pembaziran. Hutang dan pembaziran amat dikeji oleh Islam kerana perbuatan itu mampu membebankan pasangan.

 

Konsep perkahwinan secara sederhana boleh diaplikasikan oleh pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada ketika ini. Hal ini demikian kerana masyarakat perlu berjaga-jaga demi mempraktikkan SOP yang ditetapkan.

 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah mengeluarkan senarai garis panduan serta inisiatif untuk memudahkan urusan perkahwinan masyarakat Islam.

Sebelum ini ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), proses akad nikah dilakukan secara di dalam talian ataupun “live” bagi mengurangkan risiko jangkitan dan ianya hanya melibatkan ahli keluarga serta saudara mara terdekat sahaja.

 

Sama juga konsepnya untuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bilangan tetamu untuk proses akad nikah masih dihadkan. Begitu juga dengan bilangan tetamu untuk menghadiri kenduri kahwin.

 

Jika sebelum ini jumlah tetamu di majlis kahwin ada yang mencecah 5 ribu orang.  Kini dengan arahan yang dikeluarkan berdasarkan SOP yang ditetapkan, Mesyuarat Khas Menteri hanya membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa.

 

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh sebab itu, penganjuran majlis banyak dilangsungkan dengan bilangan tetamu yang minimal bagi memelihara kesejahteraan dan keselamatan tetamu serta ahli keluarga.

 

Konsep ini sesuai dengan Islam kerana dengan penetapan jumlah bilangan had tetamu, pasangan boleh merancang kenduri dengan bajet yang lebih rendah disamping dapat berkongsi kebahagiaan bersama dengan ahli keluarga, saudara mara terdekat, sahabat handai serta jiran tetangga.

 

Faktor penjimatan merangkumi pelbagai aspek antaranya adalah kos makanan untuk para tetamu, kos peralatan khemah beserta peralatan lain, kos baju pengantin dan lain-lain.

 

Namun ianya bergantung kepada pasangan pengantin jika mahu berbelanja lebih tetapi masih boleh mengamalkan konsep bersederhana.

 

Walaupun majlis perkahwinan semasa musim Covid agak berlainan dari majlis perkahwinan sebelum ini, adat-adat perkahwinan Melayu masih boleh terus diamalkan.

 

Justeru, perancangan bajet perkahwinan perlulah dilakukan sebaik mungkin bagi memberikan kepuasan kepada tetamu disamping dapat menjimatkan duit untuk kegunaan di masa akan datang.

Source Mohd Ajib Ismail (2020). Walimatulurus dalam PKPP. Harian Metro. Samadi Ahmad (2020). Akad nikah ‘Online’ pertama. Harian Metro. Suzalina Halid (2020). Hidangan bufet tidak dibenarkan untuk majlis sosial, majlis kahwin. Berita Harian.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.