fbpx

Kenapa Putrajaya Enggan Meluluskan Perlombongan Kedah

0 2,426

Semua yang celik sains tidak akan sesekali bersorak apabila Sanusi Md Nor mengumumkan penemuan logam nadir bumi (REE) bernilai RM43 trilion. Hal ini demikian kerana mereka tahu bala yang menanti apabila REE dilombongkan.

China wajar diambil sebagi contoh mudah, sebagai pengeluar REE terbesar dunia. Sumber semulajadi ini kemudian digunakan untuk merancakkan pengeluaran teknologi daripada telefon pintar ke misil tentera.

Advertisement

Malah China juga memperolehi perlesenan esklusif di seluruh dunia. Jadi mudah kata, bagaimana OPEC melihat minyak – begitulah China melihat REE.

Sama seperti minyak mentah, REE juga terdedah pada risiko keruntuhan harga kerana statusnya sebagai sumber semulajadi (Treadgold, 2015). Namun bukan harga yang mempengaruhi keputusan kerajaan.

Sebaliknya Putrajaya lebih merisaukan krisis alam sekitar yang sememangnya akan berlaku.

Bagi melombongkan REE, banyak benda yang perlu dibuat. Pertama sekali, hutan harus ditebang dan tanah perlu digali. Kemudian bahan ammonia iaitu sulfat dan klorida perlu digunakan untuk merungkaian logam ini.

Apabila bahan kimia digunakan pada tanah, tiga masalah akan berlaku secara berperingkat: pencemaran udara, pencemaran air bumi (groundwater contamination) dan hakisan tanah.

Pelombong juga perlu menggerudi untuk memasukkan paip PVC dan getah bagi memasukkan bahan kimia.

Jadi apabila logam dilombong habis (sekalipun RM43 trilion), risiko ini takkan selesai kerana bahan kimia sedia ada akan tetap mencemari air bumi.

Lombong-lombong ini akan menadah air sisa industri (industrial wastewater) yang sudah pasti akan dibuang dalam perairan semulajadi.

Itulah yang berlaku di China (Ives, 2013), dimana mereka mempunyai keluasan tanah besar untuk memendapkan risiko toksik. Lombong kosong di Ganzhou masih mempunyai bahan kimia yang meresap mencemari perairan.

Kedah tidak perlu semua ini. Usaha pembersihan pun memakan masa dan kos terlalu tinggi, yang dipercayai 50-100 tahun untuk pulih sepenuhnya (Standaert, 2019).

Semua negeri dalam Malaysia seharusnya memeluk aspirasi “clean production” yang diimarahkan dunia.

Industri tenaga ke sektor ekonomi harus menepati piawaian alam sekitar kerana Bumi ini bukan diwarisi daripada nenek moyang sebaliknya diamanahkan kepada kita untuk anak cucu.

Source Ives, M. (2013, Januari 28). Boom in Mining Rare Earths Poses Mounting Toxic Risks. Yale 360. Standaert, M. (2019, Julai 2). China wrestles with the toxic aftermath of rare earth mining. Yale 360. Treadgold, T. (2015, Mei 15). Chinese Rare Earth Glut Triggers A Price Collapse and Environmental Crisis. Forbes.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.