fbpx

Kenapa Serba Dinamik Beralih Arah Ke Teknologi

0 154

Serba Dinamik Holdings digagaskan pada tahun 1993 dengan tujuan untuk menyediakan khidmat kejuruteraan buat industri minyak dan gas.

 

Perniagaan utama bagi syarikat ini adalah seperti operasi dan penyelenggaraan (O&M) dan bidang-bidang berkaitan minyak dan gas. Kini, Serba Dinamik adalah salah satu kontraktor minyak dan gas yang terbesar di Bursa Malaysia.

 

Advertisement

Tahukah anda, syarikat ini telah beralih-arah ke teknologi, persoalannya kenapa boleh jadi sampai begitu?

Kredit: The Edge Markets

Semuanya bermula apabila Serba Dinamik ingin mengurangkan kebergantungan syarikat terhadap hasil minyak dan gas sebanyak 40 hingga 45 peratus menjelang tahun 2020.

 

Malahan pada tahun lepas sahaja, syarikat itu cuba mengurangkan sumber pendapatan daripada minyak dan gas sebanyak 75 hingga 85 peratus.

 

Hal ini demikian kerana, minyak bukan lagi sumber tenaga utama. Krisis minyak dan Covid-19 yang sedang melanda semakin mengesankan jangkaan tersebut.

 

Dengan itu, syarikat ini berusaha untuk mempelbagaikan pendapatan syarikat dengan menumpukan perhatian kepada segmen berkaitan teknologi.

 

Hal ini dapat dibuktikan apabila Serba Dinamik menandatangani MOU untuk bekerjasama dengan Huawei bagi membangunkan aspek digital dalam industri minyak dan gas.

 

Kerjasama ini juga melibatkan penubuhan kawasan industri pintar di Johor dan Sarawak.

 

Sebagai contoh, Serba Dinamik telah membangunkan Virtual Park di Kota Samarahan, Sarawak dengan kos sebanyak RM13 juta yang menampilkan 10 perjalanan permainan realiti maya.

 

Bagi merealisasikan impian Serba Dinamik, Huawei akan menyediakan servis teknologi 5G, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu syarikat itu dalam aspek digital.

 

Bukan sahaja, Serba Dinamik juga telah membina Hab Inovasi Blok 7 di Abu Dhabi kerana ingin menjadikan teknolgi sebagai sebagai salah satu penyumbang pendapatan kepada syarikat tersebut.

 

Walau bagaimanapun, minyak dan gas masih lagi menjadi sumber utama syarikat ini tetapi segmen teknologi berkembang dengan begitu pesat.

 

Pendapatan daripada segmen teknologi telah meningkat sebanyak 95.7 peratus dari tahun ke tahun dengan nilai RM27.93 juta pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2020.

 

Manakala pendapatan daripada industri minyak dan gas hanya meningkat kurangan daripada 30%.

 

Serba Dinamik juga mengembangkan segmen minyak dan gas dengan mendapatkan kontrak daripada syarikat yang bukan berada dalam industri itu.

 

Sasarannya adalah untuk mengurangkan kebergantungan pendapatan terhadap minyak dan gas kepada 40% hingga 50% menjelang tiga tahun akan datang.

 

Jadi kepada syarikat-syarikat yang bergantung kepada minyak dan gas, sampai bila anda mahu mengharapkan industri tersebut?

 

Mungkin dalam 20 tahun akan datang, industri akan terus kekal relevan. Namun, selepas itu ianya tidak akan diguna pakai dalam skala yang besar dengan kehadiran beberapa sumber tenaga baru.

 

Inovasi teknologi juga semakin menamatkan dominasi minyak dan gas dalam penggunaan tenaga.

 

Jika terlalu rakus menggunakan industri ini, dijangka ianya akan habis dan bisa membuatkan dunia berhenti berputar seketika. Jadi peralihan kepada tenaga baru dan tenaga yang boleh diperbaharui adalah jawapan ideal.

Source Bernama. (2020, September 26). Serba Dinamik to diversify into technology. The Star. Kamarul Azhar. (2020, Julai 20). Serba Dinamik looks to ICT in a future where oil is no longer main energy source. The Edge Markets. Serba Dinamik. (n.d). About Serba Dinamik.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.