fbpx

Kenapa TnG E-wallet Tidak Boleh Digunakan Di Semua Plaza>

0 3,684
Baru baru ni aku ada baca satu post, marah tuan post pada ewallet TnG sebab tak mampu berfungsi dengan lancar.

 

Lebih lebih lagi kenapa fungsi tambah nilai secara atas talian terus ke dalam kad TnG tak boleh dilakukan. Dengan sekarang mana-mana tol tak terima tambah nilai, lagi sakit hati.

Advertisement

Disebabkan tak ada yang boleh terangkan, mari saya kongsikan sedikit pemahaman teknikal kenapa aplikasi TnG & kad TnG tak boleh ‘sync‘.
Analogi yang paling mudah untuk anda faham, anda anggaplah :
Kad TnG = Dompet
Apps TnG = Akaun bank

 

1. Sama seperti dompet anda, nak pindahkan duit dari akaun bank ke dalam dompet, anda kena ke ATM betul? Jadi begitulah fungsi tambah nilai.

 

Kad TnG fungsinya sama seperti dompet. Kad anda tak ada talian internet untuk menerima transaksi tambah nilai. Sebab itu proses tambah nilai masih perlu dibuat pada mesin, sama seperti ATM.

 

Jadi andai kata anda tengah beratur tol baru nak tambah nilai masuk dalam kad, kad memang tak akan keluar baki tu. Kena cucuk ‘ATM’ dulu.

 

2. Disebabkan kelemahan ni, TnG perkenalkan sistem PayDirect.
Sistem PayDirect ni, bila anda tap kad pada tol, dia tak potong duit dalam kad. Tapi dia potong baki dalam aplikasi dengan cara ‘linking‘.

 

Bila kita masukkan kad X ke dalam applikasi Y, setiap kali X cuba buat transaksi (tol), duit daripada Y yang dipotong.

 

Bijak untuk atasi kelemahan kad TnG. Tapi kenapa masih ada isu tol?

 

3. Kalau anda tanya saya, masalah sebenar bukanlah TnG tapi pengendali tol.
Untuk pengetahuan, PayDirect hanya ada untuk tol 1 pintu. Kalau tol 2 pintu, sistem PayDirect ni tak ada. Kat sini mak atok nenek segala jenis masalah.

 

Ada masalah perjanjian apa benda entah yang membuatkan TnG tak boleh melaksanakan PayDirect dan RFID untuk tol 2 pintu.

 

Sepatutnya, bila dah ada sistem ni , baru lah semua tol-tol ni alihkan pengendali tol. Baru betul.

 

Tapi semua pengendali tol memilih untuk jadi tidak bijak dengan mengurangkan staf pengendali tol atas nama ‘taknak kesesakan akibat tambah nilai’.

 

Akhir kata, nak marah, marahlah syarikat pengendali tol ni semua pasal menggunakan sistem dan SOP yang mengarut.

 

 Artikel ini ditulis oleh Nadzri Sazali.

You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.