fbpx

Kereta: Aset Atau Liabiliti?

0 373

Pada hari ini kereta sudah menjadi satu keperluan bagi memudahkan pergerakan kita dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Malah boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia pastinya memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.

Hal ini dapat dibuktikan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang merekodkan sebanyak 32.4 juta kenderaan bermotor termasuk kereta wujud di Malaysia.

Advertisement

Bukan itu sahaja, kereta juga menjadi idaman bagi para graduan untuk membelinya sebaik sahaja mendapat pekerjaan. Malangnya terdapat juga graduan yang muflis kerana kereta. Persoalannya sekarang adakah kereta merupakan aset atau liabiliti?

Sebelum itu kita harus faham apa maksud aset dan liabiliti.

Aset adalah apa sahaja barang milik kita yang mempunyai nilai tersendiri. Terdapat dua jenis aset iaitu aset semasa dan tetap.

Aset semasa merupakan aset mudah ditukar dengan tunai dalam jangka masa yang singkat. Antara aset semasa adalah wang tunai.

Manakala aset tetap adalah aset yang digunakan dalam jangka masa panjang dan tidak mudah untuk ditukarkan menjadi wang tunai. Antara aset tetap adalah;

  • Hartanah
  • Kenderaan
  • Perabot
  • Mesin

Liabiliti pula merupakan obligasi ataupun hutang yang belum dijelas dan memerlukan anda mengeluarkan duit untuk langsaikannya. Sama seperti aset, liabilitu juga terbahagi kepada dua iaitu semasa dan tetap.

Liabiliti semasa bermaksud tanggungan yang perlu dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu 12 bulan. Antara lialibiti semasa adalah;

  • Akaun belum bayar
  • Pinjaman jangka pendek
  • Deposit wad
  • Wang jaminan pelaksanaan

Bagi liabiliti tetap adalah hutang yang akan dibayar lebih daripada satu tempoh perakaunan. Antara liabiliti tetap adalah;

  • Pinjaman dalam dan luar negeri
  • Pajakan
  • Bon
  • Pelan pencen dan ganjaran

Jadi apa jawapan kepada persoalan di atas?

Berdasarkan perbandingan antara aset dan liabiliti, kereta secara asasnya merupakan aset yang tergolong dalam aset tetap. Hal ini demikian kerana kereta merupakan aset yang memiliki nilai jika kita menjualnya ataupun diguna untuk mendapatkan wang melalui platform e-hailing.

Walau bagaimanapun, kereta tergolong dalam aset susut nilai. Secara ringkasnya aset susut nilai bermaksud sesebuah produk yang akan mengalami penurunan harga dari semasa ke semasa.

Seperti kereta sebaik sahaja anda memandu keluar daripada rumah, maka nilainya akan turun. Bukan itu sahaja jika kereta anda pernah mengalami kemalangan ataupun banyak kerosakkan, susut nilai boleh berlaku dengan cepat.

Jadi kepada anda yang ingin memiliki kereta, pastikan anda membeli kereta bersesuai dengan bajet anda. Nak tahu cara mudah untuk kenal pasti kereta yang mampu dibeli adalah melalui pendapatan setahun.

Sebagi contoh, gaji anda sebulan adalah RM2000 dan didarab dengan 12 bulan. Jawapannya adalah RM24,000 dan antara kereta yang boleh dibeli dengan harga begitu adalah Axia.

Nak lagi mudah, pastikan bayaran ansuran kereta tidak melebih 15% daripada gaji bulanan anda.

Kesimpulannya, kita harus kembali kepada fungsi asal kereta iaitu memudahkan pergerakan dari satu kawasan ke kawasan lain. Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati membeli kereta supaya tidak terjerat dengan masalah hutang hingga menjadi muflis.

RUJUKAN:

Jabatan Akauntan Negara. (n,d). Liabiliti Kursus Perakaunan Akruan: Kumpulan Pelaksana. Kuala Lumpur, Malaysia.

Sharkey, S. (2020, Disember 18). Is a car an asset or a liability? Well Kept Wallet. Dipetik daripada https://wellkeptwallet.com/car-an-asset-or-a-liability/

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.