fbpx

Kerosakan Mauritius Akibat Tumpahan Minyak

0 252

Banyak negara memindahkan minyak dengan menggunakan saluran paip. Cara ini dikatakan lebih selamat kerana hanya menggunakan pam dan kompresor.

 

Namun ada lagi satu cara yang biasa digunakan untuk memindahkan minyak secara manual. Kapal tangki boleh memuatkan sebanyak 550,000 tan. Jadi bayangkan apa akan berlaku jika kapal ini karam?

 

Advertisement

Pada 6 Ogos 2020, ramai orang di Mauritius tidak menjangka sebuah malapetaka bakal terjadi. Hal ini demikian kerana di Blue Bay Marine Park, sebuah kapal tangki karam telah menumpahkan minyak dengan begitu banyak (Spary & Woodyatt, 2020).

Beberapa minggu kemudian, krisis tumpahan minyak ini menunjukkan impak. Sekurang-kurangnya 40 ekor ikan dolphin didapati mati (Reuters, 2020).

 

Maka ribuan orang meskipun menghadapi COVID-19 turun di ibu negara Port Louis untuk menuntut supaya kerajaan menyiasat.

 

Ada yang meminta Perdana Menteri Pravind Jugnauth letak jawatan pun, kerana tidak percaya dengan kemampuan kerajaan.

 

Malah dari awal lagi, kerajaan Mauritius mengakui tidak pakar untuk menguruskan masalah sebegini.

 

Setakat ini kerjaaan hanya bersedia untuk membedah semua dolphin dan menyiasat punca kematian. Kemudian sebuah suruhanjaya akan dibuat, untuk mengenalpasti punca kerosakan kapal tangki tersebut.

 

Minyak menjejaskan keupayaan haiwan untuk hidup seperti biasa. Burung tidak boleh berterbangan seperti biasa bahkan ada yang boleh mati kerana hipotermia.

 

Penyu kecil pun boleh terperangkap dalam gumpalan minyak angkara menyangka itu adalah makanan. Jika tidak mati, semua akan mengalami pelbagai komplikasi.

 

Sistem imunisasi dolphin dan paus boleh terjejas kerana kerosakan pada paru-paru. Malah haiwan-haiwan bercangkerang pun tidak terlepas juga walaupun berada di dasar laut.

 

Maka dengan hanya tumpahan minyak, kepelbagaian biologi di Mauritius teruk diancam.

Source Reuters. (2020, Ogos 29). Thousands protest in Mauritius over dolphin deaths after oil spill. The Guardian. Spray, S., & Woodyatt, A. (2020, Ogos 8). A stricken ship is leaking tonnes and fuel into the ‘pristine lagoons’ of the Indian Ocean. CNN.
You might also like

Leave A Reply

Your email address will not be published.