fbpx

Kesakitan Rakyat Iran Dengan Sekatan Ekonomi

0 541

Iran merupakan antara sahabat penting Barat semasa Dinasti Pahlavi. Namun kebangkitan Ruhollah Khomeini telah mengubah perkara ini.

 

Amerika Syarikat juga khuatir dengan kebarangkalian Revolusi Tehran bertukar menjadi rangkaian yang menjatuhkan kerajaan-kerajaan sekeliling dengan arus Islamisme.

 

Advertisement

Pengaruh Khomeini memang menggila. Beliau pun sudah menggesa rakyat Iraq bangkit menggulingkan Saddam Hussein. Ketaksuban orang ramai terhadap sosok tubuh tua dan juga ideanya telah menyebabkan kekecohan.

Sekumpulan pelajar telah bertindak merampas Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Tehran. Sejak hari itu, Iran mula menerima sekatan ekonomi daripada Amerika Syarikat. Konflik-konflik menyusul pun mencalarkan imej Iran di mata Amerika Syarikat.

 

Kerajaan Mohammad Khatami, Mahmoud Ahmadinejad, dan Hassan Rouhani bergelut dengan sekatan terperinci. Ekonomi Iran turut teruk dibelasah dengan 55 peratus rakyat Iran hidup hanya dengan RM340 sebulan.

 

Senang kata, kemiskinan di Iran memang menguji jiwa lebih-lebih lagi dengan kejatuhan harga bahan api global yang mengurangkan duit kerajaan.

 

Sekatan ekonomi merumitkan proses pengeksportan. Iran terpaksa menjual minyak mentah negara melalui syarikat-syarikat swasta (Khatinoglu, 2018). Jadi orang tengah mesti meletakkan kos, kerana Iran terdesak.

 

Syarikat-syarikat ini pula sukar diperolehi, kerana bukan semua berani menyakitkan hati Washington, D.C (Wald, 2018).

 

Tanpa imbuhan daripada pengeksportan (apatah lagi pelaburan), Iran sedang mengalami masalah pengangguran teruk. Dijangka 16.3 peratus orang tidak bekerja, dengan inflasi yang terus terus meningkat setiap tahun.

 

Jadi populasi berpendidikan tinggi tidak mampu mencari makan dalam pasaran tidak mesra dunia. Ramai dalam kalangan mereka mencari peluang pekerjaan di luar negara (Harrison, 2007).

 

Dengan serangan koronavirus pula, tentu sekali sektor pelancongan teruk terkesan. Mana-mana peniaga yang bergantung pada pendatang-pendatang asing mungkin sedang meratapi nasib, dengan keadaan ekonomi tidak langsung menjaminkan.

Source Harrison, F. (2007, Januari 8). Huge cost of Iranian brain drain. BBC. Khatinoglu, D. (2018, October 29). Iran Bets on a New Scheme to Evade U.S. Sanctions on Oil Exports. Radio Farda. Wald, E.R. (2018, Jun 6). 10 Companies Leaving Iran as Trump’s Sanctions Close In. Forbes.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.